Monday, September 21, 2015
SEBELUM DAN SELEPAS SERTAI AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
Wednesday, September 16, 2015
BIDANG JAHITAN, MENJANA WANG DARI RUMAH
Monday, September 14, 2015
HOBI YANG DIWARISI
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Saya juga seperti Hanaa atau Tasnim pada masa kecil dulu.
Perasaan sangat bahagia mencuba baju baru yang berhari-hari dilihat dijahit, dipegang Ma. Tidak penat bertanya, bila akan siap.
Kadang-kadang saya curi-curi guna mesin Ma yang pada waktu itu hanya menggunakan mesin kayuh biasa jenama Singer, si kepala hitam.
Masih lagi teringat Ma cakap, "kak ni masa kecil dulu suka panjat mesin Ma."
Saya berharap, walaupun belum ada lagi anak-anak saya yang memanjat mesin Brother saya ini atau cuba-cuba untuk menjahit, suatu hari di masa hadapan, mereka akan minat untuk meneruskan hobi Ma dulu dan saya sekarang.
Sunday, September 13, 2015
HUJUNG MINGGU DAN KENANGAN
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Alhamdulillah hari ini cuaca panas masih lagi bersisa, sesekali terasa bayu bertiup nyaman mengirimkan salam musim luruh yang bakal tiba tidak lama lagi.
Saya ambil kesempatan untuk membasuh selimut/pelapik tilam tebal sebagai persediaan musim luruh seterusnya musim sejuk nanti. Lain rasanya jika kering dengan mesin pengering berbanding kering dengan cahaya matahari. Bau panasnya juga berbeza.
Seperti biasa, saya buka semua tingkap di dalam rumah untuk pertukaran udara, selagi boleh. Jika tidak, semuanya akan ditutup rapat apabila musim sejuk nanti.
Sesekali terhidu aroma masakan Korea dari rumah atas di Tingkat 2. Kedengaran juga seorang ibu berbicara dengan anaknya dari rumah yang sama. Mungkin dia juga dapat meneka saya pun sedang memasak dek semerbak tumisan bawang dan cili kering untuk sambal terung saya masih di atas dapur.
Hari ini, anak-anak masih lagi di rumah menghabiskan cuti di hujung minggu bermain, bergaduh, berlari dan sebagainya memeriahkan suasana ahad ini. Sesekali kedengaran suara Daniel memarahi Hanaa kerana memindahkan semua mainan Tea Party ke bilik abangnya. Hanaa hanya gelakkan si abang, lucu mungkin.
Tiba-tiba saya terdetik, Hanaa sudah besar dan akan menginjak ke umur 4 tahun pada tahun hadapan. Kemudian, dia mungkin akan ke sekolah juga. Tidak lagi menemani Mama di rumah.
Saya akan sunyi.
Saya akan rindukan suasana hingar bingar di dalam rumah seperti ini. Tiada lagi yang akan berlari-lari, menjerit berebutkan barang permainan.
Sungguh cepat masa berlalu.
Hari berganti hari.
Minggu berganti minggu.
Musim berganti musim.
Saya akan rindu pada kenangan.
Saturday, September 12, 2015
NAK BERNIAGA? MULA BISNES DROPSHIP DAHULU
Teks: Masayu Ahmad
Mula bisnes tanpa modal sudah menjadi satu lagi permulaan yang baik bagi bakal usahawan yang baru mengenali pemasaran online. Ini sangat sesuai bagi suri yang tidak ada asas urusniaga online.
Apabila mencari maklumat berkaitan apa-apa program menjana pendapatan di internet, suri mudah terdedah dengan risiko berikut.
1. Permulaan modal yang besar.
2. Mula dengan berhutang atau membuat pinjaman bank.
3. Diberi gambaran bisnes sangat berjaya dengan ganjaran pendapatan lumayan, rumah besar, kereta besar.
Tiga faktor di atas sangat banyak digambarkan kepada usahawan yang sangat baru dan mahu belajar bisnes. Sedangkan dropship adalah salah satu cara rendah risiko yang boleh disertai.
Berikut panduan asas tentang apa itu dropship.
1. Program menjana pendapatan secara online iaitu mempromosi produk melalui laman web, facebook, blogshop, shopping cart.
2. Pembekal produk biasanya menawarkan dropship iaitu mencari agen pemasaran untuk mempromosi, menjual dan mendapat komisyen hasil dari jualan.
3. Agen jualan atau agen dropship boleh memilih sama ada menyertai program dropship berbayar atau percuma/
4. Bagi pihak agen dropship dikenali juga sebagai rakan niaga, hanya akan mempromosi produk yang dbibekalkan pembekal. Apabila ada jualan, agen hanya membuat bayaran terus kepada pembekal dan memberi maklumat pelanggan.
5. Pembekal akan menerima bayaran dan membuat penghantaran produk dan memaklumkan semula kepada agen dropship tentang status penghantaran.
6. Agen dropship adalah pengantara antara pelanggan dan pembekal.
7. Manakala pembekal hanya fokus kepada agen droship, urusan stok produk, menyediakan bahan periklanan dan juga status produk yang dihantar atau juga perkara berbangkit.
8. Sebagai agen dropship, usahawan yang masih baru boleh memilih senarai pembekal berdasarkan satu jenis produk. Dan boleh fokus kepada pembekal yang aktif dan memberikan bahagian komisyen yang besar.
9. Contohnya usahawan sudah membina satu laman jualan berkaitan tudung labuh. Jadi boleh menggunakan kata carian menjejak pembekal tudung labuh yang menyediakan program dropship. Usahawan memperolehi 20 senarai, buat senarai pendek lima pembekal dan mula sertai program tersebut. Sehinggalah mendapat kesesuaian dan keserasian pembekal mana yang paling aktif dan mudah berurusan.
10. Cara ini sangat praktikal tanpa perlu mengeluarkan produk tetapi fokus kepada aktiviti pemasaran atas talian. Tidak perlu mengeluarkan kos yang besar dan juga tidak perlu menguruskan stok.
11. Agen dropship hanya perlu fokus kepada mencari senarai produk yang mempunyai nilai komisen yang besar dan juga fokus membina pelanggan berdasarkan fokus produk contoh tudung labuh.
12. Sebagai agen dropship, suri boleh membuat matlamat jualan contohnya 5 jualan sehari. Katakanlah 1 tudung mendapat keuntungan bersih RM20, maka matlamat jualan harian adalah 5 helai jadi akan dapat RM100 pendapatan bersih.
13. Fokus sasaran jualan ini sangat penting untuk mendapat ukuran yang jelas dengan aktiviti kerja harian iaitu mempromosi, memasarkan dan berjaya mencapai matlamat jualan.
14. Matlamat seterusnya sehingalah mampu mengambil stok bagi tudung labuh yang mempunyai rekod 'jualan laris' dan mampu mengambil stok.
15. Apabila sudah pandai mengumpul modal dan mempunyai stok sendiri, fasa seterusnya boleh pula membina pasukan jualan atau menawarkan program dropship pula.
DAGING HALAL DI SEOUL (HALAL MEAT IN SEOUL)
Thursday, September 10, 2015
NAK MULAKAN BISNES MAKANAN
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN & 101IDEA BISNES MAKANAN
Foto: 101IDEA BISNES MAKANAN
Ramai di antara kita yang suka memasak tetapi tidak yakin untuk berniaga dengan masakan sendiri. Kita juga mungkin tidak tahu bagaimana hendak bermula, apa kemahiran yang perlu, siapa pelanggan kita atau bagaimana orang yang sudah berjaya melakukannya?
Apa kata baca dulu Ebook ini. Boleh pre-order sekarang!
ANAK-ANAK JUGA CUBA JAGA HATI KITA
Dia tersenyum, sedikit tawar. Hampir setiap hari dia bertanya, "5 days left? 4 days left, for my birthday?"
"Are you sad, Mom?" Daniel mencelah. Dia selalu risau jika saya sedih atau penat.
Kena marah pun buat juga.
Tuesday, September 8, 2015
DI ANTARA IMPIAN, DOA DAN KENYATAAN
IDEA BISNES MAKANAN
Teks: EBOOK 101 IDEA BISNES MAKANAN
Foto: AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
Minat saya untuk membuka cafe ini timbul sejak saya mula berkahwin. Saya suka pergi makan di tempat-tempat yang bersih dan cantik. Tujuan saya berhenti kerja dari bank dahulu adalah untuk menjaga anak-anak yang sedang membesar. Jadi apabila anak-anak sudah besar, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya teruskan impian yang sudah lama saya tangguhkan.
Antara tujuan utama saya ingin membuka cafe adalah utk menambah nilai hidup kepada orang lain dengan memberi pekerjaan yg baik kepada golongan belia sebangsa saya. Saya berhasrat untuk membuka cafe yang menyediakan makanan yang bersih dan halal berkonsep santai serta dilengkapi talian internet seperti Cafe Francise.
Banyak cabaran yang saya hadapi pada peringkat permulaan. Kata-kata orang sekeliling banyak melemahkan semangat saya. Saya tidak mendapat sokongan keluarga dan ia hampir-hampir membuatkan saya putus asa dan melupakan impian saya. Namun, saya kuatkan semangat tetap nekad untuk meneruskan niat saya untuk membuka cafe.
Alhamdulillah, setelah 60% usaha saya ke arah impian saya, barulah saya lihat keluarga merestui keputusan saya. Restu dari keluarga amat berharga bagi saya.
Matlamat saya nak menjadikan Old Station sebagai kopitiam/cafe tempatan yg setanding dengan jenama francise.
Sebagai persediaan dalam bidang perniagaan, saya banyak menghadiri seminar-seminar yang dikendalikan oleh pakar-pakar pemasaran. Antaranya seminar Dr Azizan seperti Master Your Bisness, Train The Trainer, Rahsia Kuasa Minda, Advance marketing Power, Fesbuk Power, Potensi Diri, Jutawan Industri dan lain-lain lagi. Saya juga mengikuti kursus anjuran MARA dan konvensyen TERAJU. Banyak yang saya belajar dari tip dan panduan dari seminar-seminar sebegini serta tidak lupa juga dari orang-orang sekeliling saya.
Nasihat saya kepada wanita-wanita di luar sana, jika ingin menjalankan bisnes teruskan sahaja. Usah takut dan teragak-agak, buat sahaja dan usaha untuk tambah baik selepas itu.
Baca lagi kisah usahawan ini dalam ebook 101 idea bisnes makanan.
Boleh miliki Ebook ini yang bakal terbit pada Oktober ini bersama pakej Ebook paling popular yang telah diterbitkan sebelum ini. Boleh email tini di tinicraft@gmail.com.
Monday, September 7, 2015
BEKALAN PEPERIKSAAN YANG PALING BERAT
Entri 42
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Berborak dengan kawan minggu lepas, katanya anak nak exam ibu yang terlebih risau. Tiba-tiba teringat kat Ma yang jauh di Malaysia. Hati sebak sebab bila dah besar, tak banyak masa dapat dihabiskan bersama.
Masa nak SPM tingkatan 5 dulu, ulangkaji sampai lewat malam, Ma akan cuba berjaga juga. Dia siapkan air milo panas untuk saya. Sesekali dia naik ke bilik saya di atas, katanya tak boleh nak lelap sangat. Dia bersolat sunat, bermunajat, berdoa untuk anak.
Pagi-pagi, sarapan lebih istimewa disediakan. Dibekalkan juga nasi untuk dibawa ke sekolah. Abah menghantar ke sekolah, tidak macam sebelum itu, pergi dengan teksi atau bas sebab abah masih kerja.
Semangat untuk ke dewan peperiksaan amat lain.
"Bekalan" yang dibawa lebih berat dari biasa.
"Bekalan" doa yang sangat berharga. Tidak boleh ditukar harga.
Langkah disusun yakin, penuh tenaga.
Jauh di sudut hati, aku mesti berjaya!
Semoga anak-anak kita semua berjaya dunia dan akhirat.
Amin.
Nota: Gambar menemani Daniel buat kerja sekolah minggu lepas. Mama terlebih cuak tengok anak kena buat cursive handwriting
SAYA, PENGURUS ONLINE AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
Teks: AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Saya Khushartini Kamarulzaman, Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah.
Kami dari jemaah ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian suri yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online.
Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.
-Belajar asas berjualan melalui program dropship.
-Belajar menjual produk fizikal.
-Belajar menjual produk digital.
-Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.
Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.
2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah
KELAS ASAS BLOG PENULISAN:
1. Belajar asas blog (blogspot)
2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
4. Belajar menulis secara konsisten.
5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.
8. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
9.Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.
2. KELAS ASAS BLOG MULA BISNES
1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
8. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
## Kelas online sahaja dalam group kelas di facebook
## Masa belajar yang sangat fleksibel ikut masa pelajar sendiri. Tiada limit masa ditetapkan
## Nota toturial bergambar lengkap disediakan
## Dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yang merupakan usahawan online n wahm
## Masih boleh ikuti toturial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan
## Dapat menjana pendapatan dengan produk ABDR jika mendaftar sebagai PENGURUS ONLINE
Jika anda bersedia untuk menggunakan blog sebagai medium pemasaran yang paling efektif, menjadikan blog sebagai medium perkongsian dan blog anda mudah berada di carian google, dan mudah dijejak pembaca, jom sertai KELAS ONLINE BLOG ABDR ini.
Baca lebih banyak ulasan pelajar ABDR di blog utama http://akademibekerjadirumah.blogspot.com
Jika sudah bersedia, boleh mendaftar untuk bersama keluarga besar ABDR. Iaitu kumpulan sokongan surirumah secara online.
Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya :
Email : tinicraft@gmail.com / khushartinikamarulzaman@gmail.com
Sekian, terima kasih untuk masa anda.
Friday, September 4, 2015
WAHM PERLUKAN WAHM YANG LAIN
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Sebagai seorang WAHM tak kira lah yang sudah lama, baru menjadi WAHM, bakal menjadi WAHM atau bercita-cita untuk jadi WAHM, kita memerlukan antara satu sama lain.
Setuju atau tidak, ada suatu tahap kita akan rasa sunyi di rumah apabila anak-anak ke sekolah hatta walaupun anak sedang tidur. Kita perlukan kawan-kawan seangkatan untuk menyokong antara satu sama lain.
Selain dapat berkenalan dengan orang baru, mengeratkan ukhuwwah, kita juga dapat berkongsi tips dan pengalaman serta mendapat ilmu baru.
Hasad dengki? Caras peluang? Cantas jualan?
Tak perlu risau, kita hanya perlu percaya rezeki itu RAHSIA ALLAH.
Yang lain-lain tidak perlu fikir, balik pada Allah.
Untuk hari ini saya ingin kongsikan beberapa blog yang tinggalkan jejak di posting FB saya tadi.
1. Kak Efie Muhamad ( qayyumqaisa.blogspot.com) (vitaminsaya.blogspot.com)
Merupakan seorang WAHM sudah bertahun-tahun. Beliau ada berkongsi Parenting Tips di blog beliau seperti di atas. Menjalankan perniagaan Shaklee dengan jayanya. Boleh berkunjung ke blog tersebut, mungkin kita sama-sama dapat manafaat.
2. Kak Azue Mohd (kuazue.blogspot.com)
Merupakan seorang tukang jahit tegar dalam bidang sulaman. Boleh ikuti blog beliau untk panduan bisnes dalam menjahit sulaman. Pelbagai perkongsian, tips dan idea sulaman menarik di blog beliau. Saya pun suka tengok sebab saya pun minat menjahit. Semoga suatu hari nanti saya dapat membeli mesin jahit sulaman seperti beliau juga.
3. Farahwahida (www.myfawa.com)
Seorang usahawan berjaya juga dalam perniagaan Shaklee. Banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Boleh kunjungi laman web beliau di atas. Beliau juga berkongsi perihal kesihatan, penyusuan ibu dan sebagainya. Jom sama-sama dapat manafaat.
Senang bukan? Like/Share di Facebook, berkunjung ke blog juga antara sokongan secara tidak langsung kepada rakan-rakan kita.
Kita tak kena bayar pun, tak rugi satu sen pun.
In shaa Allah, perkongsian yang baik juga menambah saham akhirat kita.
Nota:Gambar ini mungkin tiada kaitan dengan entri ini, tetapi hanya berkongsi salah satu terapi saya.
Beli lilin.
Saya suka warna ungu.
Salam petang dari bumi Sonata.
HANBOK -PAKAIAN TRADISIONAL ORANG KOREA (KOREAN TRADITIONAL COSTUME)
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Kami juga seperti orang lain yang datang ke Korea tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan baju tradisional orang Korea iaitu Hanbok.
Ia agak mahal untuk dibeli dan bagi kami tidak berbaloi jika membelinya sekadar untuk bergambar. Jadi, kami mencari sedikit informasi di Google. Ramai yang berkongsi akan tempat-tempat untuk mengambil gambar sebegini dan ada di antaranya meletakkan harga untuk pakai dan bergambar.
Kami cuba ke Seoul Global Cultural Centre di bandar Seoul untuk merasai pengalaman memakai pakaian tersebut dan ianya PERCUMA!. Boleh rujuk di SINI dan SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Si budak kecil yang agak teruja memakai hanbok pada mulanya. Kemudian minta ditanggalkan.
YEOUIDO SPRING FESTIVAL, KOREA
PROMOSI SEPTEMBER BEST SANGAT
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: AKADEMI BEKERJA DIRUMAH
Ok, pakej ni menarik. Boleh beli dan baca dulu. Tak salah menimba ilmu. Ya, kita kena banyak membaca untuk timba ilmu dan kita juga perlu tahu pengalaman orang yang sudah melaluinya.
Kadang-kadang perkongsian mereka amat penting sebab ianya realiti yang terjadi.
Bukan teori dan bukan hanya anganan semata. Apa yang ditulis, cara, pengalaman, langkah-langkah adalah apa yang betul-betul dilalui.
Kalau berminat boleh email tini di tinicraft@gmail.com . Nakbeli satu-satu Ebook mahal, jadi beli pakej sangat berbaloi.
Terima kasih.
Thursday, September 3, 2015
KESAN YANG DALAM
Hidung terasa panas.