Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Rutin harian petang saya sama, iaitu mengambil
anak-anak pulang dari sekolah di tempat yang telah dikhaskan untuk menunggu bas
sekolah. Seperti biasa, saya lebih senang untuk keluar awal dengan niat untuk
membawa Hanaa si bongsu ambil angin dan bersiar-siar dengan menolak
stroller. Jika tiada apa, saya akan menyelusuri tepi-tepi bangunan apartment di kawasan ini. Satu kawasan saya pusing untuk "membeli" waktu.
Kadang-kadang penat menjengah, jadi saya hanya berdiri di situ
melihat gelagat manusia yang lalu lalang dan tidak kurang juga Hanaa menjadi
perhatian mereka. Ada yang singgah menyentuh pipinya, membelek rambut ikalnya
yang keperangan dan ada yang memberinya coklat. Hendak berbual panjang, bahasa Korea saya amat terbatas. Hanya tahu mengucapkan selamat, berasal dari mana, tinggal di mana, menjawab umur Hanaa dan kadang-kadang menjawab umur sendiri! Ya, ada di antara mereka yang ingat saya ini masih high school katanya.
Tempat menunggu
bas sekolah anak-anak saya itu terletak di antara sebuah gereja yang agak besar di
Hannamdong dan sebuah klinik haiwan yang mana setiap hari pengunjung klinik tersebut
adalah pemilik haiwan peliharaan. Mereka sama ada datang bersama anjing atau kucing.
Saya dapati ramai golongan muda yang belum berkahwin tetapi gemar untuk mempunyai binatang
peliharaan yang mungkin sebagai hobi atau sebagai teman. Mereka sanggup berhabisan wang untuk membeli pelbagai pakaian, mainan, hiasan, stroller, carrier kepada anjing mereka terutamanya. Takubah dilayan seperti seorang bayi kecil. Seronok melihat mereka melayan karenah binatang peliharaan masing-masing.
Tetapi pada suatu
petang ini agak berlainan apabila seorang pemuda Korea persis artis Kpop berhenti di hadapan saya. Melihatkan saya berdiri betul-betul di sebelah gereja itu, dia
bertanya, "Awak tahu ini adalah sebuah gereja? Masjid awak adalah di atas
bukit di Itaewon sana," sambil menunjukkan ke arah kawasan berbukit di depan kami.
Tergamam.
Apa maksudnya bertanya soalan begitu? Adakah saya telah melakukan kesalahan? Ahh..
Saya menguatkan semangat dan cuma berkelakuan biasa seperti tiada kalut, tiada risau, tiada takut.
Saya memberitahunya bahawa saya sudah sedia maklum akan hal itu dan hanya menunggu bas sekolah anak. Memandangkan perbualan kami amat mudah kerana dia berbahasa Inggeris juga, lalu dia bertanya mengenai negara asalku.
Apa maksudnya bertanya soalan begitu? Adakah saya telah melakukan kesalahan? Ahh..
Saya menguatkan semangat dan cuma berkelakuan biasa seperti tiada kalut, tiada risau, tiada takut.
Saya memberitahunya bahawa saya sudah sedia maklum akan hal itu dan hanya menunggu bas sekolah anak. Memandangkan perbualan kami amat mudah kerana dia berbahasa Inggeris juga, lalu dia bertanya mengenai negara asalku.
Setelah memberitahu saya dari Malaysia, dia bertanya lagi adakah semua orang di Malaysia
adalah Muslim? Saya menceritakan serba sedikit latarbelakang bangsa dan agama
penduduk di Malaysia. Melalui riak wajahnya dia seperti ingin bertanya lebih
lanjut namun perbualan kami terhenti begitu setelah bas sekolah berhenti di
hadapan kami. Dia pun berlalu sambil sempat sekali lagi berkata, "Ini
adalah gereja!" . Selepas saat itu saya sudah tidak melihatnya lagi,
sehingga hari ini.
Semester ini, tempat menuggu bas adalah masih lagi di tempat yang sama. Dan saya masih lagi teringat peristiwa itu dan merasai keterujaan menceritakan tentang agama-agama di Malaysia serta bagaimana kami menghormati antara satu sama lain untuk hidup aman damai bersama.
Saat ini, saya rindu Malaysia.
Tini tak tahan tang mcm budak high school hahaha. Entah2 dia mmg penyanyi kpop
ReplyDeleteHehe doh mmg ada tanya gitu.pah kalo kuar dgn paan ke taman ke ada tanya aku tu ayah aku ko/pakcik aku ko..ingat aku berlari2 kejar adik2 bakali.huhu.
ReplyDeletedop kot far kalo dop mesti ramai kerumun doh.huhu..