Entri 25
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Hari Raya Aidiladha akan tiba tidak lama lagi. Tetapi kami seperti biasa sudah berkira-kira aktiviti untuk hari tersebut. Ya, aktiviti untuk anak-anak. Suami sangat sibuk sekarang, pulang lewat malam dari pejabat dan kadang-kadang menyambung kerja di rumah sehingga lewat pagi. Seperti tahun sebelum ini, jika ada acara besar seperti seminar dan sebagainya, rutin tidurnya berubah. Ada dua jam, ada tiga jam dan adakalanya tidak tidur terus. Hujung minggu pun berkampung di pejabat.
Jadi, apabila tiba cuti umum seperti Hari Raya Aidiladha ini, kami menggunakan semaksima mungkin masa bersama-sama. Ini aktiviti tahun lepas pada Hari Raya Aidiladha. Usai solat, kami ke Children Grand Park di Gwanjin-gu, Seoul berdekatan dengan Konkuk University. Tempat yang amat sesuai untuk sekeluarga bersantai, berkelah, melihat pelbagai binatang, taman permainan atau hanya sekadar menikmati kehijauan alam. Yang paling penting, ianya PERCUMA. Kecuali jika ingin menonton persembahan di dalam dewan khas yang mana kami tidak mengambil bahagian kerana hanya dalam bahasa Korea.
Ini gambar di hadapan pintu masuk ke sini. Ia juga merupakan pintu masuk untuk ke Children Museum. Boleh baca pengalaman kami ke sana di SINI. Jadi, jika anda ada masa ke sini, jangan lepaskan peluang untuk kedua-dua tempat.
Ini adalah tempat kegemaran Hanaa dan Damia. Kami habiskan masa agak lama di kawasan ini.
Kemudian, kami menuju ke kawasan Zoo. Agak jauh sedikit, tetapi berbaloi kerana terdapat pelbagai binatang seperti gajah, singa, beruang dan sebagainya.
Damia sukakan bentuk dedaun ini. Dia sampai bawa pulang ke rumah. Katanya, untuk diletakkan di dalam buku kegemarannya.
Seperti biasa, cuba mengambil gambar keluarga sebagai kenang-kenangan. Alhamdulillah, semua memberi kerjasama.
Kami menghabiskan masa hampir setengah jam berhenti di sini melayan karenah anak-anak melihat makhluk ciptaan Allah yang comel ini. Anak-anak ayam dan hamster. Tempat ini terletak di luar taman tadi menuju ke stesen subway. Daniel tidak henti-henti meminta kami membelikannya satu binatang peliharaan. Maaf sayang, ini tidak sesuai di rumah kita. (Tetapi di hari lainnya kami membelikannya sepasang ikan kecil)
Ini adalah maklumat berkenaan taman ini, tetapi saya sediakan di dalam Bahasa Inggeris untuk rujukan English readers.
- Park 05:00 – 22:00
- Zoo 10:00 – 17:00 (subject to change depending on weather conditions)
- Free (Park, Zoo, Botanical Garden)
- Additional fee will apply for amusement park and pony/camel riding
- Children’s Park Station (Seoul Subway Line 7), Exit 1.
- Bus 3216, 4212, 2221, 3215, 130, 303, 9301 or 9403
- Main entrance parking lot: 153 parking spaces
- Rear entrance parking lot: 252 parking spaces
- Guuimun entrance parking lot: 315 parking spaces
No comments:
Post a Comment