Entri 62
Di sini saya kongsikan perkongsian dari rakan satu
bumbung di ABDR ini, Puan Nasriah Abdullah untuk ulasan pelajar tentang kelas
belajar asas blog.
Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Masayu Ahmad
Ebook: Belajar Asas Blog, Masayu Ahmad
Guru ABDR: Anys Idayu Zakaria
Foto: Masayu Ahmad
Ebook: Belajar Asas Blog, Masayu Ahmad
Guru ABDR: Anys Idayu Zakaria
Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah...selesai sudah 44 cabaran entri
pertama semenjak sah bergelar warga ABDR. Sebenarnya entri ulasan ni boleh di
masukkan sekali dalam cabaran 44 entri pertama. Namun saya memilih untuk
jadikan ianya entri khas untuk ulasan ABDR selepas berjaya melaksanakan tugasan
pertama.
Teringat kisah sewaktu mula membina blog. Tragis sungguh
diri ini. Nampak sangat kurangnya ilmu teknologi baru. Walau pun pada ketika
itu dunia blog sudah jauh glamour di kalangan anak-anak muda masa kini apatah
lagi remaja sekolah. Dunia blog umpama dunia baru yang ingin di terokai. Sana
sini maklumat membina blog diterokai melalui carian google. Pelbagai jenis
maklumat di perolehi. Yang sukar mahupun yang senang dan mudah di fahami.
Mula belajar dan berusaha membina blog hanya dengan
bantuan 'uncle google'. Satu per satu
step membina blog diikuti. Namun terhenti di bahagian 'java script'. Maklmumlah bila terserempak
dengan gadget 'HTML/JavaScript'
mulalah mata berpinar, otak jadi blur sebab tak reti dan tak faham apa
sebenarnya yang di inginkan. Hendak bertanya tapi tak tahu pada siapa. Sudahnya
mencari kenalan facebook yang mahir berblog. Niat hati ingin berguru dan
menimba sedikit ilmu membina blog. Namun, tiada siapa yang ingin berkongsi ilmu
dan menjadi pembimbing di kala memerlukan.
Semangat meneruskan perjuangan membina blog sendiri
semakin pudar hanya kerana gagal bertemu seorang guru yang mempunyai sifat
ingin membimbing dan berkongsi pengetahuan. Blog yang di bina atas nama http://ummyadhwa.blogspot.com terkubur
seketika dengan gadget yang tidak tersusun atur dengan kemas.
Semangat yang semakin pudar untuk mempunyai blog sendiri
sering di sirami dan dihujani dengan kata-kata motivasi yang tak pernah putus
dari upline Shaklee saya, PM Nur Laila Mukthar.
Semangat itu kembali subur dan perasaan cemburu pada kawan-kawan seperjuangan
yang mempunyai blog sendiri. Apatah lagi blog yang penuh dengan informasi yang
diperlukan serta gadget yang cantik bergaya.
Perasaan cemburu pada mereka yang mempunyai blog yang
mewah dengan informasi menjadikan diri ini bangkit
dan mempunyai azam baru untuk terus berusaha mempunyai satu
blog yang di sukai ramai dan menjadi pilihan utama dalam carian google.
Bertemu dengan Pn. Anys
Idayu Zakaria melalui carian google dan seterusnya menjadi kenalan
facebook membuatkan diri ini terjebak secara langsung dalam keluarga besar
ABDR. Syukur yang tak terkata nilainya atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu
yang diberikan. Walau hanya belajar 100% melalui online tanpa pernah berjumpa
secara bersemuka dengan guru online saya, Pn.
Anys Idayu Zakaria, beliau umpama berada di depan mata. Kelas yang
di adakan juga mengikut kesusuaian masa saya sebagai suri rumah sepenuh masa
dan peniaga online tanpa rasa tertekan. Apatah lagi dalam menyempurnakan
tugasan yang diberikan.
Digital E-book Kelas Asas Blog
merupakan ebook pertama yang wajib di khatam sebelum memulakan kelas. Panduan
dan analisa yang diberikan banyak membantu saya mendalami sedikit sebanyak
dunia blog. Gadget-gadget penting yang perlu ada dalam blog bagi peniaga online
seperti saya.
utaan terima kasih buat Puan Pengetua ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana memperkenalkan ebook
ini yang sangat membantu dalam merialisasikan azam saya agar mempunyai blog
atas nama sendiri. Seterusnya menjadikan saya sebagai salah seorang Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah atau
lebih mesra di kenali sebagai ABDR.
Alhamdulillah melalui penjenamaan diri
yang saya praktikkan dalam kelas ini, hasilnya membuatkan saya sangat teruja
apabila nama saya muncul dalam carian Google. Sebelum ini, memang langsung tak
'bertapak' atau 'terjejak' saya dalam carian ini. Wah! Gembiranya hati sehingga
ingin dilaungkan satu dunia 'Aku dah pemes!', 'Uncle google dah
kenal siapa aku!'.
Sungguh tak terkata gembiranya saya, pelaburan dalam
membayar yuran penyertaan sebagai keluarga besar ABDR sangat berbaloi.
Buktinya, belum pun sempat saya menghabiskan tugasan wajib 44 entri pertama,
saya telah berjaya menerima prospek yang mengupah saya untuk mebuat 'FB Page'
dan akan datang prospek yang sama mengupah saya untuk membuat blog. Sedangkan
tidak pula pernah terlintas di hati untuk mengambil upah buat 'FB Page dan
Blog'.
Zaman dunia IT semakin moden dan semakin canggih! Sesiapa
pun boleh menggunakan aplikasi Google untuk belajar tentang apa-apa sahaja
secara percuma. Namun, harus diingat bahawa setiap ilmu baru yang ingin
dipelajari harus disertai dengan mentor/guru untuk membimbing kita. Jika tidak,
kita mungkin tersasar dari matlamat sebenar.
Benarlah kata orang, tanpa ilmu pengetahuan, perkara yang
senang akan jadi susah dan sukar untuk dilaksanakan. Kesukaran itu akan jadi
batu penghalang untuk kita mengorak langkah ke hadapan. Penawar kesukaran itu
hanya mampu di atasi jika kita mempunyai ilmu dan mentor. Carilah mentor yang
ikhlas berkongsi ilmu pengetahuan dan mampu membimbing kita untuk menjadi yang
lebih baik dari sekarang atau lebih baik dari mentor kita sendiri.
Senang sangat untuk menjana pendapatan secara online ni.
Duduk rumah diam-diam tak payah sibuk keluar, kita ada produk fizikal dan juga
digital, juga perkhidmatan kelas online dan offline. Semua ada SOP.
Bagi yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh
mendaftar sebagai pengurus online di ABDR. Sangat sesuai mula dari sekarang, bila musim perayaan pos tutup kita masih boleh terus
berjualan, kerana semuanya atas talian.
Pendaftaran pengurus online masih dibuka. Jika berminat
boleh hubungi saya sebagai pengurus online di tinicraft@gmail.com / khushartinikamarulzaman@gmail.com.
No comments:
Post a Comment