Check this out

Sunday, November 29, 2015

BERBALOI SERTAI AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

Entri 94

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN & AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
Foto: AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
--------------------------------------------------
Ia merupakan Akademi yang berjalan 100% secara online.

Sudah lebih 1000 pelajar mendaftar dan belajar di ABDR secara online dan offline.

> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online.
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah.
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan.
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm.
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.
.
Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) mara 2000 ahli.

2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah:-


1.KELAS ASAS BLOG PENULISAN

1. Belajar asas blog (blogspot)
2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
4. Belajar menulis secara konsisten.
5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.
8. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
9.Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.


2. KELAS ASAS BLOG MULA BISNES

1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk piihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
8. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. In shaa Allah.

Sekiranya berminat, boleh hubungi saya di tinicraft@gmail.com.

Saturday, November 28, 2015

GYEONGBOKGUNG PALACE, SEOUL

Entri 93

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Ini adalah kisah ke Gyeongbokgung Palace, Seoul pada tahun lepas. Waktunya lebih kurang sekarang, penghujung bulan November semasa sepupu suami sekeluarga datang ke Korea.
 
Waktu itu, selepas setahun saya tinggal di Korea baru ada masa untuk ke sana. Itupun sebab membawa mereka, kalau mereka tidak datang mungkin saya pun belum sampai.
 
Suami pernah ke sana beberapa kali atas urusan kerja dan Daniel pun pernah sekali ke sana sewaktu mengikuti rombongan lawatan dari kelasnya. Saya terkejut Daniel masih ingat lagi lawatannya dan menceritakan berkenaan King Sejong. Sejak dari hari itu, saya perasankan sesuatu dari anak bujang saya. Ya, dia sukakan sejarah, seperti Papanya.
 
Berbalik kepada cerita ke Gyeongbokgung tadi, cuaca pada masa itu sangat sejuk dan berangin, tetapi ianya tidak menghalang niat kami untuk membawa sepupu tadi.
 
Tempat ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. Upacara pertukaran pengawal adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh pelawat. Dengan muzik yang bersemangat dan kuat, kita dapat lihat pengawal-pengawal berbaris cekap, seperti dalam filem ataupun berada di zaman dahulu kala. 




 
Tiba-tiba terjumpa penterjemah tidak berbayar! Anak muda Korea ini tiba-tiba menegur kami dalam bahasa Inggeris dan menerangkan acara yang sedang berlangsung. Di Korea, anak-anak muda dan kanak-kanak memang minat sejarah dek didikan dan asuhan di sekolah yang mengajar mereka cintakan sejarah. Jadi tidak hairanlah jika kita lihat di tempat-tempat bersejarah di sini terdapat ramai golongan muda yang tidak jemu-jemu melihat/mempelajari sejarah mereka sendiri.
 



 

 
 
 
Tasik di belakang ini sangat cantik dan menenangkan ditambah pula dengan sebuah persinggahan di belakang itu.

 

 
 


 
 
Pengawal di belakang itu seperti tidak pernah penat berdiri tegak.  
 
 
 
Semasa tiba di Stesen Gwanhamun, saya sempat lagi membeli sehelai jaket tebal kerana tidak tahan sejuk dengan cuaca. Mujur anak-anak sudah memakai pakaian yang sesuai.

 
 
Kami membawa sepupu makan ikan bakar dan sotong pedas Korea di Dongdaemun. Hanya satu kedai ini sahaja yang buka memandangkan hari tersebut adalah hari Ahad.
 
 

 

 
Bagi yang ingin ke Gyeongbokgung Palace di atas, alamatnya adalah di 161, Sajik-ro, Jongno-gu, Seoul. Boleh klik LINK ini untuk  maklumat lanjut.
 
[Subway]
Gyeongbokgung Palace Station (Seoul Subway Line 3), Exit 5

OR,
Gwanghwamun Station (Seoul Subway Line 5), Exit 2

Sunday, November 22, 2015

KISAH PILIHAN - ASAS PERSEDIAN BERHENTI KERJA

Entri 92

Teks: EBOOK YEAY! MAMA SUDAH RESIGN
Foto: AKADEMI BEKERJA DI RUMAH


KISAH PILIHAN
 
Januari 2010, saya menghantar notis perletakan jawatan yang berkuatkuasa tiga bulan selepas itu. Maka, secara rasminya saya berhenti kerja pada 1hb April 2010. Pada saya, rezeki bukan di situ sahaja. Ia ada di mana-mana atas izin Allah. Lagi pun, setelah hampir 6 tahun berada ditempat yang sama, saya mulai merasa tepu. Saya perlukan suasana baru untuk pembangunan kerjaya dan masa depan saya.

Dania dapat merasai perbezaan rutin harian kami. Tidak lagi perlu dikejutkan seawal 7.00 pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh. 24 jam, tujuh hari seminggu kini Dania bersama dengan mama.

Bermula dari saat itu, saya mula menikmati hidup sebagai surirumah beranak satu. Saya hamil anak kedua beberapa bulan selepas saya berhenti kerja. Saya sangat gembira kerana saya bebas menentukan masa saya seperti balik kampung dan adakala mengikut suami outstation.

Namun begitu, saya tidak duduk goyang kaki sahaja. Saya menjalankan perniagaan secara kecilan dan menjalankan pemasaran secara online melalui blog dan facebook.

Setelah kami berpindah ke Semenyih pada bulan Julai 2013, saya mula merasai susah untuk keluar berjumpa pelanggan dan rakan kongsi. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan tersebut dengan menjual produk sahaja melalui Blog, Facebook dan Instagram.

Saya berpuas hati hanya menjalankannya dari rumah sahaja. Malah kini bergabung dengan lebih ramai surirumah yang menjana pendapatan dari rumah.

 Asas persediaan berhenti kerja.

 1. Dapatkan maklumat program atau komuniti bekerja dari rumah. Bergabung dengan kumpulan sokongan.

 2. Perbincangan dan restu suami sangat digalakkan sebelum membuat keputusan berhenti kerja.

 3. Fokus untuk mencari apa sumber yang boleh membantu menjana pendapatan walaupun berada di rumah.

 4. Pilih jenis kerja atau bisnes yang mempunyai keserasian dengan diri dan berupaya meransang untuk terus mendapatkan sumber pendapatan.

 Kelebihan bekerja sendiri

 1. Belajar untuk berdikari menentukan pendapatan sendiri.
 2. Bebas urus masa dan fleksibel untuk bekerja.
 3. Dapat mengimbangi semula urusan keluarga.
 4. Tidak perlu lagi menghantar anak kepada pengasuh.

 Sumber: Ebook Yeay!Mama Sudah Resign

Sekiranya berminat untuk bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah ini, boleh lah hubungi saya sebagai Pengurus Online Akademi di tinicraft@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.

TUBE RIDE AT BANPO BRIDGE

Entri 91

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
 
Ini adalah gambar di penghujung musim panas tempoh hari. Kami mencuba Tube Ride di Banpo Bridge berdekatan dengan Sebitseom (The Glowing Island) iaitu bangunan unik di sebelah kanan gambar di bawah.
 
Gambar berharga. Mujur penjaga tube ini mengambil inisiatif sendiri mengambil gambar kami di sini.
 
 
Boleh bawa naik minuman yang dibeli sebelum ini. Sambil minum, sambil menikmati pemandangan sekitar yang sungguh romantik.

Anak-anak mengambil giliran cuba mengendali boat controller.
 

Semasa bergerak pulang, saja "kacau" orang berlakon. Artis mane? Maaf, tak kenal.hehe.
 


 
Ini adalah info untuk menyewa tube di atas tadi.

40 minit = KRW 30,000
60 minit = KRW 42,000
Maximum 6 orang.

Mon-Thu 13:00 ~ 23:00
Fri 13:00 ~ 24:00
Sat/Holiday 10:00 ~ 24:00
Sun 10:00 ~ 23:00







 

NAMI ISLAND DI MUSIM LURUH

Entri 90

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
 
Nami Island atau Pulau Nami adalah tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari seluruh dunia apabila berkunjung ke Korea. Malah pulau ini juga sangat popular di kalangan penduduk Korea sendiri.
 
Apatah  lagi apabila tiba musim luruh, tempat ini tidak pernah sunyi. Beribu pelawat keluar masuk setiap hari. Sampai saya terfikir, orang Korea ni sangat menghargai keindahan alam di bumi mereka. Walaupun setiap tahun musim luruh tiba, tetapi mereka tidak pernah bosan untuk menikmati keindahan alam ini.
 
Mereka juga seperti pelancong-pelancong asing, sanggup berbondong-bondong beratur untuk ke pulau ini. Tidak pernah jemu.
 
Bagi kami, lawatan pada kali ini sangat bermakna kerana kunjungan pada tahun lepas agak tidak tepat kerana tiba pada waktu daun belum menguning. Kami juga mengambil kesempatan pada kali ini untuk bermalam di sekitar Chuncheon, dalam 5 kilometer dari jeti Pulau Nami ini.
 
Oh ya, waktu yang paling sesuai untuk melihat dedaun kuning di Nami ini adalah pada musim luruh di sekitar minggu keempat bulan Oktober.
 
Di hadapan pintu masuk semasa Papa membeli tiket
 
 
Tengok pemandangan di dalam feri ini. Penuh dengan golongan Ahjumma. Dah pangkat nenek rasanya, tetapi masih kuat untuk menjelajahi Pulau Nami. Usia bukan penghalang.
 

 


Keindahan warna-warna pokok sangat cantik
 
 
 

Daun-daun kuning pokok ini sudah banyak yang luruh.


 



Ini adalah rutin kami, membawa bekalan dari rumah. Kali ini, kimbap, roti paun dan roti sosej, semuanya homemade with love, Alhamdulillah.

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menaiki basikal ini. Penat juga meriba Hanaa di tempat duduk di hadapan.

Musalla yang cantik, bersih dan selesa di Pulau Nami. Menunjukkan betapa ramainya pengunjung Muslim terutamanya dari Malaysia dan Indonesia.
 

Pemandangan yang sangat menyejukkan mata.

Tidak berapa ramai orang di sini, tetapi pemandangannya tidak menghampakan.

Unik!

Anak-anak seronok apabila angin nyaman bertiup dan daun-daun pun berguguran, ibarat titisan hujan.

 

Seperti biasa, tidak melepaskan peluang untuk menikmati nasi goncang!
 
 

Daun-daun kering gugur ini nampak cantik di landasan keretapi ini. Saya mengambil peluang bergambar sebelum keretapi datang.

 
 
Dari atas feri, selamat tinggal Pulau Nami. Sehingga ketemu lagi.
 

Thursday, November 19, 2015

DORAEMON EXPO DI SEOUL BUKAN SASARAN KANAK-KANAK

 
 
Entri 89

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
 
Pada musim panas yang lepas, kami secara tidak sengaja mendapat peluang untuk melihat suasana di Doraemon Expo di Ipark Mall, Yongsan, Seoul semasa pergi ke Supermarket Emart untuk membeli barang dapur.
 
Dari jauh saya perhatikan, orang-orang Korea ini sukakan semua perkara yang cute dan comel. Memang nampak sangat ketara kebanyakan dari mereka yang hadir adalah terdiri dari golongan muda berpasangan.
 
Pada mulanya saya hanya ingat perkara sebegini hanya mencuri perhatian kanak-kanak sahaja, tetapi rupa-rupanya ianya dipenuhi oleh remaja-remaja dan pasangan kekasih.
 
Alang-alang sudah sampai, saya hanya mengambil gambar anak-anak sekejap sahaja walaupun Hanaa tidak berapa kenal karakter ini.
 
Kemudian kami berlalu, tidak  mahu "menjamu mata secara percuma".
 
 
 







Tuesday, November 17, 2015

MINION CUPCAKES KE SEKOLAH

Entri 88

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

13 oktober lepas adalah hari jadi Daniel. Saya tidak ada apa-apa sambutan istimewa pun seperti biasa. Memang anak-anak sudah terbiasa tiada majlis harijadi.
 
Setakat hantar kek sekolah, makan kek bersama keluarga di rumah dan juga 'a family day out' yang diakhiri dengan makan di luar.
 
Dapat menghabiskan masa seharian bersama keluarga adalah sesuatu yang mewah buat suami dek urusan kerja tidak tentu masa. Kadang-kadang sewaktu kami diluar pun, tangannya bekerja di telefon.
 
Seperti tahun sebelum ini, kali ini saya juga menghantar kek ke sekolah. Cuma ini adalah pertama kali saya buat cupcake untuk dihantar ke sekolah.
 
Daniel kata dia mahukan Minion Cupcakes. Tapi saya seperti biasa tidak berani berjanji dek kemahiran membuat kek hanya suam-suam kuku je.
 
Setelah membuat carian di Google, saya telah dapat hasilkan cupcakes minion yang ringkas. Tapi yang kelakarnya, saya terlupa untuk buat mulutnya. :)
 
Saya menghantar kek ke kelasnya. Sewaktu membuka kotak kek, semua kawan-kawanya menjerit, minion!!!
 
Wah, usaha saya tidak sia-sia, mereka tetap nampak my-not-so-minion ini. Daniel tersenyum tersengih. Dan seperti biasa, saya tidak ajar anak-anak guna lilin, jadi kawan-kawannya dan cikgu hanya menyanyikan lagu "happy birthday" sekuat-kuatnya. Tetap meriah, Daniel gembira, saya bahagia.
 


 
Tambahan cookies ini untuk dimasukkan ke dalam goodies bags. Bukan senang nak hasilkan dua warna begini. Masa yang diambil agak lama kerana perlu diletakkan ke dalam peti sejuk dahulu beberapa jam.


 
Goodies bags!


Hanaa yang sudah kebosanan menunggu Abangnya keluar dari kelas untuk mengambil kek.


Abang Daniel nampak terkejut dengan kek minion dia ini. Dia tidak sangka saya buat untuknya dalam tidak berjanji itu. Alhamdulillah.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...