Ini adalah entri saya sendiri ke 23. Suka saya repost kembali sebab saya sendiri amat senang bercerita tentang kenapa saya sertai kelas online ini. Sehingga sekarang saya seronok berada dalam komuniti online ini. Jarak tidak memisahkan network kami, yang penting masa dan kesungguhan. Selamat membaca. Terima kasih.
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Ada kawan-kawan bertanya setelah perasan bahasa penulisan saya telah
berubah sejak akhir-akhir ini. Ada di antara mereka yang pernah membaca
cerita saya di blog lama dan mendapati ada perbezaan ketara. Ada yang
bertanya apa rahsianya?
Rahsia? Saya tiada rahsia. Saya hanya menulis dari hati dan mengikut
rentak jari saya. Tetapi, semua ini juga atas peluang saya menyertai
kelas online bersama Akademi Bekerja Di Rumah. Saya mendaftar kelas penulisan blog dan kelas bisnes online.
Kelas ini berbentuk tutorial online dan hanya menggunakan medium Facebook Secret Group dan Facebook Messenger.
Semasa mendaftar kelas, saya mendapat beberapa Ebook sebagai panduan
dan dimulakan dengan Ebook untuk belajar asas membuat blog.
Selepas dimasukkan ke dalam Secret Group FB seperti saya nyatakan di atas tadi, saya memulakan kelas dengan cikgu secara eksklusif. Kenapa saya kata eksklusif? Sebab saya diberikan personal coaching melalui Facebook Messenger. Saya
juga mendapat pelbagai ilmu dan perkongsian melalui nota kumpulan yang
mana saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru. Melalui mereka juga
kita dapat melihat bagaimana mereka mengaplikasikan apa yang diajar.
Kelas ini amat fleksibel, sesuai bagi mereka yang sibuk. Kita boleh
pilih masa yang sesuai untuk menyiapkan tugasan daripada cikgu. Sebarang
persoalan boleh diajukan kepada cikgu secara langsung ke di Facebook Messenger cikgu
berkenaan. Cikgu juga akan memberikan tugasan langkah demi langkah
sebagai memandu arah kita menyiapkan blog dan sebagainya. Jadi kita
tidak akan rasa kelas terlalu cepat, tidak dapat ikut, tertekan dan
sebagainya. Semuanya bergantung kepada kita. Apa yang kita perlu
hanyalah kesungguhan, internet, komputer/laptop atau telefon pintar.
Kelas juga tidak terhad kepada surirumah sepenuhmasa sahaja ataupun
wanita sahaja, ia terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk wanita bekerja,
bujang, lelaki dan sebagainya. Ia juga merupakan landasan yang sangat
sesuai bagi sesiapa yang ingin mencari pendapatan sampingan atau
merancang untuk berhenti kerja kerana kita boleh menjana pendapatan
selepas "siap sedia" dengan segala ilmu dari kelas. Sekali lagi,
semuanya atas kehendak, usaha dan kecekapan kita.
Bagi yang ingin memulakan bisnes dari rumah, mempunyai masa yang
fleksibel tetapi tidak tahu di mana untuk bermula, saya cadangkan untuk
bersama-sama menyertai kelas online ini. Untuk memulakan sesuatu, kita
perlukan ilmu dan kita perlukan mentor/sifu/cikgu untuk pemudah bagi
menunjukkan cara. Bermula dari sini jugalah, bakat/kelebihan kita akan
dicungkil dan yang pasti kita akan buat apa yang kita suka.
Secara jujurnya, saya gembira dapat bersama keluarga besar Akademi Bekerja Di Rumah
ini. Saya tidak rasa tertekan dengan tugasan dari kelas, mahupun dari
cikgu sendiri. Saya amat gembira dapat berkenalan dengan rakan-rakan
lain yang dari pelbagai latarbelakang dan cabaran hidup yang telah
dilalui.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh email tini sebagai Pengurus Online Akademi di tinicraft@gmail.com / khushartinikamarulzaman@gmail.com
Menulis, menulis dan menulis.
Menulis dari hati, menulis dengan rentak jari, menulis tanpa henti.
Idea datang tidak tentu masa, idea datang tidak tahu ketika, idea mencurah berlapanglah dada.
Jika tiada ilmu, boleh belajar.
Jika tiada masa, boleh disusunkan kembali acara.
Tetapi, jika tiada kehendak, itulah penghalang utama.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment