Entri 110
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Semalam tiba-tiba suami dapat mesej bahasa Korea di telefon. Atas bantuan rakan yang menterjemah mesej tersebut, rupa-rupanya ia merupakan mesej amaran "frost alert" bermula jam 6 petang semalam sehingga hari ini.
Ini gambar hari ini yang saya ambil dari bilik saya. Nampak cahaya mentari pagi yang panas, tetapi bersuhu -17 celcius. Notifikasi di telefon menunjukkan "feels -25c".
Sejak datang ke sini, ini merupakan musim sejuk ketiga buat kami di sini dan ini adalah kali pertama kami mendapat mesej sebegini.
Kami hanya duduk di dalam rumah menghabiskan masa bersama sekeluarga. Anak-anak pun tidak mahu keluar.
Tetapi malam tadi kami terpaksa keluar sebentar untuk menghadiri makan malam bersama keluarga kawan baik Tasnim dari Jepun, Lily. Kemudian kami cepat-cepat pulang selepas keluar dari restoren dek kesejukan terlampau.
Anak-anak dan saya sendiri terpaksa memakai stokin tebal di dalam rumah seperti ini. Harganya dua kali ganda dari stokin biasa, tetapi amat selesa.
Heater memang sudah dipasang, tetapi masih terasa angin sejuk terutamanya apabila duduk di katil yang berselahan dengan dinding kaca.
Pada waktu-waktu sebegini, duduk di dalam rumah adalah yang terbaik untuk kami. Walaupun tidak keluar rumah, tetapi anak-anak tetap gembira kerana Papa mereka ada di rumah.
Bahagia saya tengok mereka habiskan masa bersama seperti main catur, main pingpong, baca buku cerita, tengok cerita dan sebagainya.
Suami pun nampak ceria berbanding sebelum ini jika dia terpaksa bekerja di hujung minggu.
Semoga cuaca terlalu sejuk ini cepat-cepat berlalu. In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment