Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Ada kawan-kawan yang tertanya-tanya update terbaru saya. Memang saya agak jarang menulis atas beberapa kekangan tetapi, saya cuba juga untuk membuat beberapa entri.
Saya bukan seorang penulis, hanya seorang surirumah yang menulis dari hati dan mengikut rentak jari.
Saya tidak pernah mengikuti bengkel atau kelas penulisan, tetapi hanya sertai kelas online bersama Akademi Bekerja Di Rumah. Saya mendaftar kelas blog dan kelas bisnes online.
Blog bukan sekadar blog, tetapi diajar cara membuat susunatur blog dan juga beberapa perkara penting untuk menulis.
Kelas ini berbentuk tutorial online dan hanya menggunakan medium Facebook Secret Group dan Facebook Messenger.
Semasa mendaftar kelas, saya mendapat beberapa Ebook sebagai panduan dan dimulakan dengan Ebook untuk belajar asas membuat blog.
Selepas dimasukkan ke dalam Secret Group FB seperti saya nyatakan di atas tadi, saya memulakan kelas dengan cikgu secara eksklusif. Kenapa saya kata eksklusif? Sebab saya diberikan personal coaching melalui Facebook Messenger.
Saya juga mendapat pelbagai ilmu dan perkongsian melalui nota kumpulan yang mana saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru. Melalui mereka juga kita dapat melihat bagaimana mereka mengaplikasikan apa yang diajar.
Kelas ini amat fleksibel, sesuai bagi mereka yang sibuk. Kita boleh pilih masa yang sesuai untuk menyiapkan tugasan daripada cikgu. Sebarang persoalan boleh diajukan kepada cikgu secara langsung ke di Facebook Messenger cikgu berkenaan.
Cikgu juga akan memberikan tugasan langkah demi langkah sebagai memandu arah kita menyiapkan blog dan sebagainya. Jadi kita tidak akan rasa kelas terlalu cepat, tidak dapat ikut, tertekan dan sebagainya.
Semuanya bergantung kepada kita. Apa yang kita perlu hanyalah kesungguhan, internet, komputer/laptop atau telefon pintar.
Kelas juga tidak terhad kepada surirumah sepenuhmasa sahaja ataupun wanita sahaja, ia terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk wanita bekerja, bujang, lelaki dan sebagainya.
Ia juga merupakan landasan yang sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin mencari pendapatan sampingan atau merancang untuk berhenti kerja kerana kita boleh menjana pendapatan selepas "siap sedia" dengan segala ilmu dari kelas.
Sekali lagi, semuanya atas kehendak, usaha dan kecekapan kita.
Bagi yang ingin memulakan bisnes dari rumah, mempunyai masa yang fleksibel tetapi tidak tahu di mana untuk bermula, saya cadangkan untuk bersama-sama menyertai kelas online ini.
Untuk memulakan sesuatu, kita perlukan ilmu dan kita perlukan mentor/sifu/cikgu untuk pemudah bagi menunjukkan cara.
Bermula dari sini jugalah, bakat/kelebihan kita akan dicungkil dan yang pasti kita akan buat apa yang kita suka.
Secara jujurnya, saya gembira dapat bersama keluarga besar Akademi Bekerja Di Rumah ini. Saya tidak rasa tertekan dengan tugasan dari kelas, mahupun dari cikgu sendiri. Saya amat gembira dapat berkenalan dengan rakan-rakan lain yang dari pelbagai latarbelakang dan cabaran hidup yang telah dilalui.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh email tini sebagai Pengurus Online Akademi di tinicraft@gmail.com.
Menulis, menulis dan menulis.
Menulis dari hati, menulis dengan rentak jari, menulis tanpa henti.
Idea datang tidak tentu masa, idea datang tidak tahu ketika, idea mencurah berlapanglah dada.
Jika tiada ilmu, boleh belajar.
Jika tiada masa, boleh disusunkan kembali acara.
Tetapi, jika tiada kehendak, itulah penghalang utama.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment