Entri 132
Teks: KHUSHARTINI
KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMANSaya bukanlah seorang yang berseni. Bakat menjahit ada suam-suam kuku.
Melukis, menggubah bunga seperti tiada langsung.
Tetapi saya suka mencuba.
Terbaru, saya cuba membuat projek kitar semula menggunakan bahan terbuang.
Saya terjumpa kayu palet ini di backyard rumah.
Setelah beberapa minggu saya simpan, saya terfikir untuk buat sesuatu tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.
Kebetulan pula, saya ada stok kain cotton untuk aktiviti menjahit saya. Saya pilih corak ini.
Dengan menggunakan hot glue machine yang sememangnya saya sudah ada, inilah hasilnya.
Suami dan anak-anak pun suka.
Terapi diri, takperlu mahal.
No comments:
Post a Comment