Entri 131
Teks: KHUSHARTINI
KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMANBerada di bumi asing tidak bermakna kita jauh dari Dia.
Dulu semasa merantau di Amerika selama hampir 4 tahun, saya pernah rasa lemah pada mulanya.
Kadang-kadang rasa takut, sedih, sunyi dan sebagainya.
Tetapi saya terjumpa seorang kawan Somalia beragama Islam. Katanya, setiap kali kemana sahaja kita pergi pun, kita cari Masjid. Baru kita akan 'jumpa' segalanya.
Cari masjid, in shaa Allah kita tidak 'sunyi'. Rezeki kami, masjid berada tidak jauh dari kawasan universiti.
Di situ, kita boleh jumpa ramai orang Islam yang mana kita sendiri pun tidak tahu rupa-rupanya ada ramai orang Islam di sesebuah negara tersebut.
Di situ juga saya belajar erti sahabat yang ada ketika kita susah, dan bahagia ketika kita senang.
Di Korea ini, hampir setiap hari saya nampak masjid nun di atas bukit sana. Walaupun tiada peluang untuk ke sana setiap hari, dapat melihatnya pun saya sudah rasa tenang.
Semalam, saya berpeluang menunaikan solat Jumaat bersama beberapa muslimah yang lain, termasuk si kecil Hanaa.
Walaupun Hanaa pada mulanya bersemangat memakai telekung tetapi kemudiannya terlelap sewaktu khutbah, tetapi jelas terpancar keterujaannya untuk ke masjid. "I want to Solat", katanya.
Rezeki saya semalam, ketika sampai di masjid, ada sesi tazkirah dalam bahasa Inggeris. Kemudian, diikuti dengan azan dan khutbah Jumaat di dalam bahasa Arab sebelum kami bersolat Jumaat.
In shaa Allah kalau ada rezeki lagi, saya ingin ke sana lagi.
Bersolat di masjid, walaupun sesekali, tetapi manisnya ketenangan amat dirasai.
No comments:
Post a Comment