Check this out

Tuesday, December 8, 2015

PENGALAMAN MEMIJAK SALJI DENGAN TAPAK KAKI, JOM BANTU MEREKA!

Entri 97

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Pada minggu lepas, salji pertama turun di tempat saya tinggal untuk musim sejuk kali ini. Anak-anak sangat teruja sepeti sebelum ini juga.

Salji turun sewaktu saya hendak menghantar anak-anak. Tiada pilihan, kami terpaksa meredah juga takut ketinggalan bas sekolah.

Selepas menghantar anak-anak, saya keluar kebelakang rumah tanpa memakai kasut atau stokin untuk merasa salji dengan tapak kaki sendiri. Perkara yang saya tidak pernah buat sebelum ini.

AllahuAkbar, sangat sejuk seolah-olah kaki terpacak membeku.

Saya cuba berjalan-jalan dan bertahan selama 50 saat sahaja. Dalam sejenak waktu itu, terasa seperti memijak paku-paku halus tajam dek butiran sejuk salji itu.

Cuba kita bayangkan pula kanak-kanak kesejukan di Syria sana. Jadi, saya menyeru kawan-kawan sekalian menyumbang untuk Winter Aid ini.

Siapa tahu, mungkin ini adalah peluang kita yang terakhir.

Di sini saya sertakan maklumat berkenaan Winter Aid tersebut.



Di sini  juga saya sertakan bersama video salji tengah turun lebat di belakang rumah saya di Seoul ini.

 
 
 
 

Monday, December 7, 2015

BUKU 365 TIP DIDIK ANAK GAYA NABI

Entri 96

Teks: BUKU 365 TIP DIDIK ANAK GAYA NABI
Foto: BUKU 365 TIP DIDIK ANAK GAYA NABI



 
Alhamdulillah, buku ini mendapat sambutann hangat dari sabahat-sahabat saya. Sangat praktikal untuk diamalkan dalam kehidupan kita seharian mendidik anak-anak.

Bagi yang berminat boleh email saya di tinicraft@gmail.com .


Keistimewaan Buku Ini:

- Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.
- Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.
- Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.
- Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.

Antara Isi Kandungan:

Bahagian 1: Melihat Anak sebagai Amanah
Bab 1: Membisikkan dalam Hati Bahawa Anak adalah Amanah Allah s.w.t.
Bab 2: Jadikan Kalimah Tauhid sebagai Lafaz Permulaan
Bab 3: Ajar Anak Mengenali Allah s.w.t. dengan Sifat-Sifat 20
Bab 4: Didik Diri dengan Ilmu
Bab 5: Didik Anak Mengetahui Kejadian Alam Semesta dan Kebesaran Allah s.w.t.
Bab 6: Didik Anak Mendirikan Solat
Bab 7: Bekalkan Ilmu Agama yang Secukupnya kepada Anak
Bab 8: Hidupkan Bi‘ah Islamiyyah di Rumah
Bab 9: Dekatkan Anak-Anak dengan Masjid ataupun Surau
Bab 10: Tanamkan Semangat Jihad dalam Jiwa Anak-Anak
Bab 11: Ambil Peduli Perihal Sahabat Anak-Anak
Bab 12: Tanamkan Azam dalam Diri Supaya Istiqamah dalam Mendidik Anak
Bab 13: Kenalkan Anak dengan Rukun Islam dan Rukun Iman
Bab 14: Perdengarkan Nasyid Ketuhanan
Bab 15: Asah Minda Anak dengan Kuiz
Bab 16: Latih Anak bagi Mengakui Kesilapan
 

Tuesday, December 1, 2015

HELLO KITTY CAFE, MYEONGDONG, SEOUL

Entri 95

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN


Walaupun sudah hampir dua tahun berada di Korea, ini adalah kali pertama kami ke sini iaitu pada musim panas yang lepas.

Hello Kitty Cafe ini amatlah popular di kalangan pelnacong-pelancong yang datang ke Korea dek kecomelannya.

Bagi kami, hanya minum kopi panas yang comel tetapi anak-anak (Damia & Hanaa) sangat teruja melihat hampir keseluruhan kawasan di sini adalah pink!

Mood Hanaa tidak berapa baik pada hari tersebut kerana dia ingin menaiki tangga ke café ini sendiri. Oh ya, tangganya agak curam dan agak berbahaya jika dibiarkan anak-anak naik sendiri.
 
 


Kelihatan Hanaa masih tidak fokus bergambar, masih tidak puas hati. Kakak sudah sedaya upaya memujuknya, namun tidak berhasil.
 

Damia sukakan Hello Kitty di atas siling itu. Penuh bunga dan berkelip-kelip indah. Sungguh kreatif!


 
 
Sungguh comel Hello Kitty Coffee dan Choc Drink ini. Sayang hendak minum. Harganya pun boleh tahan.


Tisu, juga comel.



Pelbagai cenderahati menarik di sini bertemakan Hello Kitty. Kami hanya membeli Hello Kitty folders dan losyen tangan sebagai kenang-kenangan.
 

Kedua-dua gambar di atas adalah tandas di dalam café ini. Sangat comel. Segala-galanya sangat comel.
 

 Tangga curam yang saya maksudkan tadi. Amat tinggi.
 

Daniel kata pada saya, "Mom, if you take my picture, don't show to my friends!" .Katanya, dia tidak suka warna pink.
 
Keletihan dalam perjalanan pulang menaiki bas. Mengantuk pun ada. 
 
 
Kali ini kami pergi sempena hari lahir Damia pada September lepas. Seperti biasa tiada sambutan istimewa, hanya bawa anak-anak berjalan-jalan, family-day-out sahaja. Yang penting anak-anak gembira dan masa itu amat berharga. Terutamanya suami, masa dengan anak-anak adalah tidak ternilai baginya yang sentiasa sibuk.
 
Untuk maklumat lanjut berkenaan cafe ini, boleh klik link ini.
 
Sehingga jumpa lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...