Check this out

Thursday, September 3, 2015

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Entri 35
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Buku ini adalah hadiah kedua saya yang dapat daripada suami, selepas hadiah breadmaker, sebaik sahaja saya berhenti kerja.

Sudah dibaca berulang kali. Setiap kali selepas baca walaupun satu bab, ada semangat yang saya dapat.

Hari ini saya baca lagi tetapi sebelum itu, saya tunjukkan pada Hanaa (3 tahun).

"Mom, these ants soo scary. But they eat food. Someone feed" ayat mudah Hanaa.

Saya tersenyum padanya. Satu pelajaran saya dapat dengan sepintas lalu.

Dalam kehidupan, kita sememangnya berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Bekerja, berusaha sampai adakalanya penat tak terkata, tetapi hasilnya tidak seperti yang kita inginkan.
Kita kecewa, hampa, malah kita mungkin putus asa. Tetapi kita hampir terlupa kita ada "someone" seperti terkeluar dari mulut seorang anak kecil tadi.
Ya, Allah. Dia Pemberi rezeki, Pemberi segalanya.
Rezeki yang tahu alamatnya, rezeki yang dituju pada yang pasti.
Dan kita, sudah kah "siapkan pena" untuk "tulis" alamatnya?
Nota : Bagi yang ingin memiliki buku ini boleh email tini di tinicraft@gmail.com



NASIHAT BISNES PALING JUJUR

Entri 34

Teks: BUKU 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA
Foto: DROPSHIP BUKU

 
 
NAK MINTA NASIHAT BISNES PALING JUJUR? INI DIA :
.
Pagi2 buka fb, ada seorang pm minta nasihat saya tentang bisnes. Dia masih bekerja tapi sedang menimbang utk berhenti & join bisnes.

Selalunya saya akan kongsikan point-point 'baik' seperti :

- bisnes ada freedom.
- lubuk kekayaan
- anda tentukan gaji sendiri dll

Tapi kali ini saya kongsikan REAL fact. Tidak mahu selindung-selindung lagi. Ketahuilah bila masuk bisnes terutamanya 3 tahun pertama, mengambilkira kita kurang pengalaman & kurang ilmu, ini REALITI yg bakal anda lalui :

- hujung bulan, tiada siapa yg akan hulur duit bayar bil & ansuran rumah anda. No money hujung bulan as usual. So kita must plan dari awal bulan utk itu.

- No more 'sabtu ahad' hari cuti atau kerja 8-5 sahaja. Bisnes kena aktif tiap-tiap hari. Pagi hingga tengah malam.

- Jika waktu kerja anda fikir dah banyak kerja, bila masuk bisnes anda akan berhadapan lagi banyak kerja. 10 KALI GANDA.

- Tekanan? Ya ada dan sangat tinggi, sebab dulu anda hanya fikir nak bayar bil sensorang, kini anda akan fikir bil orang lain (gaji pekerja).

- Anda nak berbisnes sebab nak rileks? Jangan harap. Disini anda perlu menguras tenaga 120%. Anda perlu luarbiasa kreatif. Anda perlu luarbiasa open kpd semua orang. Anda perlu luarbiasa tabah & sabar.

- Kalau anda jarang berdoa, kurang jaga solat, kurang berzikir, bisnes anda lebih mudah melingkut kerana 'wifi' anda dengan Maha pembuka rezeki selalu sangkut.

Ini realitinya. Tak percaya, tanya otai-otai bisnes.

Tips ini hanya akan valid jika anda nak bisnes berjaya. Kalau anda masuk bisnes atas mentaliti nak melingkup pada hujungnya atau mentaliti 'so-so', jangan percaya tips di atas.

Even, jangan masuk bisnes jika anda tak prepare mental & fizikal berdasarkan point di atas. Jika tidak anda pasti kecewa, sama seperti beratus ribu yg lain yg masuk bisnes & kemudiannya melingkup.

Sebab mereka fikir, masuk bisnes nak rileks & jadi boss!

Mereka tak perasan, dalam bisnes kita kuli nombor 1.

Cuma berita baiknya, boss kita luarbiasa : Tuhan.

Thats why Dr. Azizan Osman & saya tulis buku Hidup Luarbiasa. Nak betulkan alignment dalaman dulu sblm betulkan ilmu luaran. Selalunya orang yg betul pemikiran (ada syukur, sabar redha tawakkal doa sujud dll), bisnesnya pasti mantap.

Sbb dalamanlah yg mencerminkan luaran.

(Us Mohammad Asraff Ayob)
 
Dapatkan Buku 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA
Betulkan alignment dalaman baru betulkan ilmu luaran.
Hanya RM45 senaskah (semenjung/ ss) 
siap dengan poster dan tandatangan ustaz Asraff Ayob
Boleh pm Tini untuk pembelian di tinicraft@gmail.com

Wednesday, September 2, 2015

JALAN BERBUKIT DI KOREA

Entri 33
 
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
 
Ini adalah gambar yang diambil pada pertengahan bulan Mei tahun lepas. Awal musim panas pada waktu itu. Suasana pagi amat cerah dan terang benderang walaupun belum lagi jam 6 pagi. Subuh seawal jam 3+- pagi dan matahari naik jam 5+- pagi.
 
Jika ada masa di awal pagi sebegini, saya akan mengambil peluang untuk membuat morning walk. Anak-anak belum bangun, jadi saya akan menggunakan masa sepenuhnya untuk menikmati suasana pagi di sekitar kawasan perumahan saya dan kemudiannya pulang menjalankan tugasan rumah seharian seperti biasa.
 
Jalan-jalan sebegini adalah normal dan sesuatu yang tidak asing di sini. Jalan berbukit curam, bertangga-tangga serta lorong-lorong sempit di tepi rumah-rumah kediaman.
 
Dengan struktur jalan-jalan sebegini, secara tidak langsung akan membantu badan membuat senaman. Ya, ramai orang Korea suka berjalan dan kami pun sudah terikut sama budaya berjalan mereka. Walaupun pada mulanya agak kepenatan, namun lama kelamaan sudah menjadi rutin biasa bagi kami di sini.
 
 

 
 

Tangga ini menghubungkan Hannamdong dan Itaewondong secara "jalan pintas".




Pandangan dari atas tangga tadi. Ya, cerun yang curam. Tapi menjadi biasa untuk Ahjumma dan Ahjusshi (makcik pakcik tua) berjalan turun seperti ini. Malah ada yang menggunakan tongkat.

 
Akhirnya sampai ke rumah saya di sebelah kiri. Rumah saya di Tingkat 1. Alhamdulillah jalan di depan ini agak mendatar yang menjadi laluan saya dan anak-anak untuk ke tempat bas sekolah. 
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...