Check this out

Tuesday, December 1, 2015

HELLO KITTY CAFE, MYEONGDONG, SEOUL

Entri 95

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN


Walaupun sudah hampir dua tahun berada di Korea, ini adalah kali pertama kami ke sini iaitu pada musim panas yang lepas.

Hello Kitty Cafe ini amatlah popular di kalangan pelnacong-pelancong yang datang ke Korea dek kecomelannya.

Bagi kami, hanya minum kopi panas yang comel tetapi anak-anak (Damia & Hanaa) sangat teruja melihat hampir keseluruhan kawasan di sini adalah pink!

Mood Hanaa tidak berapa baik pada hari tersebut kerana dia ingin menaiki tangga ke café ini sendiri. Oh ya, tangganya agak curam dan agak berbahaya jika dibiarkan anak-anak naik sendiri.
 
 


Kelihatan Hanaa masih tidak fokus bergambar, masih tidak puas hati. Kakak sudah sedaya upaya memujuknya, namun tidak berhasil.
 

Damia sukakan Hello Kitty di atas siling itu. Penuh bunga dan berkelip-kelip indah. Sungguh kreatif!


 
 
Sungguh comel Hello Kitty Coffee dan Choc Drink ini. Sayang hendak minum. Harganya pun boleh tahan.


Tisu, juga comel.



Pelbagai cenderahati menarik di sini bertemakan Hello Kitty. Kami hanya membeli Hello Kitty folders dan losyen tangan sebagai kenang-kenangan.
 

Kedua-dua gambar di atas adalah tandas di dalam café ini. Sangat comel. Segala-galanya sangat comel.
 

 Tangga curam yang saya maksudkan tadi. Amat tinggi.
 

Daniel kata pada saya, "Mom, if you take my picture, don't show to my friends!" .Katanya, dia tidak suka warna pink.
 
Keletihan dalam perjalanan pulang menaiki bas. Mengantuk pun ada. 
 
 
Kali ini kami pergi sempena hari lahir Damia pada September lepas. Seperti biasa tiada sambutan istimewa, hanya bawa anak-anak berjalan-jalan, family-day-out sahaja. Yang penting anak-anak gembira dan masa itu amat berharga. Terutamanya suami, masa dengan anak-anak adalah tidak ternilai baginya yang sentiasa sibuk.
 
Untuk maklumat lanjut berkenaan cafe ini, boleh klik link ini.
 
Sehingga jumpa lagi.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...