Check this out

Wednesday, January 27, 2016

DOKSEUGUNG PALACE IN AUTUMN

Entri 112
 
Teks: KHUSHARTINI  KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
 
Menghabiskan masa bersama Hanaa adalah perkara yang menyenangkan saya. Dia seorang kanak-kanak yang lemah lembut ( adakalanya meragam) dan sangat sensitive jiwanya.
 
Ini menjadikan setiap hari saya ceria dan bermakna. Saya akan cuba menghabiskan masa terluang bersamanya, baik memasak di dapur atau pun keluar berjalan-jalan.
 
Pada suatu petang di musim luruh yang lepas, saya membuat last minute plan untuk keluar bersama Hanaa memandangkan Abang dan Kakaknya ada kelab selepas waktu sekolah. Jadi, mereka balik lambat dari biasa.
 
Kami ke Dokseugung Palace buat kali kedua selepas lawatan bersama satu keluarga pada awal musim luruh tersebut. Pada waktu itu, dedaun di situ belum sepenuhnya menguning.
 
Kami hanya menaiki bas ke sana. Walaupun sudah melepasi makan tengahari, tetapi orang di dalam bas terlalu ramai sehinggakan tiada yang memberi Hanaa duduk. Mujur ada tiang untuk berpaut.
 
 
Sampai di sana, orang sudah agak ramai untuk mengunggu persembahan seterusnya di hadapan pintu masuk istana.
 
Malas untuk menunggu persembahan atau mungkin sudah selalu sangat menonton persembahan dari "pengawal istana", saya dengan Hanaa mengambil peluang untuk berjalan di tepi pagar luar istana bagi menikmati angin petang yang nyaman dan pemandangan yang dedaun yang cantik.
 
 
 

 
Dari seberang jalan belakang istana, kami nampak sekumpulan "pengawal istana" yang akan membuat persembahan di hadapan istana. Patutlah, mereka sedang bersedia untuk berbaris masuk.

 
Hanaa malu-malu, tetapi masih sudi melambai-lambai kembali kepada salah seorang pengawal yang melambai kepadanya.

 
 
 
Tiba-tiba dia datang dekat kepada kami dan saya menyuruh Hanaa bergambar dengan dia. Kalau sebelum ini, hendak bergambar secara eksklusif seperti ini amat susah dek ramai yang beratur untuk mengambil gambar. Hanaa pula dalam mood yang baik. Alhamdulillah.
 
 

 
Kali ini mama pun nak bergambar juga! Seperti dalam filem korea pada zaman raja-raja dulu gitu.
 


Seronok tengok mereka memulakan perbarisan menuju ke dalam kawasan istana untuk membuat persembahan di hadapan istana.


 
 
Hanaa kepenatan berjalalan, saya pun sudah tidak larat untuk mendokongnya, jadi inilah hasilnya. Selepas beberapa minit, dia berlari ke arah saya kerana takut ditinggalkan. Aksinya mencuri perhatian beberapa pelancong yang datang. 



 
Semasa pulang, kami juga menaiki bas. Hanaa kepenatan berjalan dan berlari-larian mengejar burung di kawasan istana tadi.
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...