Check this out

Wednesday, October 7, 2015

KOREA WAR MUSEUM, SEOUL

Entri 55
 
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
 
Korea War Museum terletak di Yongsan-dong, Yongsan-gu, Seoul, South Korea. Ia dibuka pada tahun 1994 di atas tapak lama army headquarters untuk mempamer dan memperingati sejarah ketenteraan Korea.
 
Sudah beberapa kali kami ke sini pada musim yang berlainan kerana banyak aktiviti disediakan termasuk untuk kanak-kanak.
 
Saya kagum, di sini tempatnya "hidup" dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat untuk mengenang sejarah mereka.
 
Dari kecil lagi kanak-kanak sudah didedahkan tentang sejarah mereka dan lawatan dari tadika hingga ke pengajian tinggi juga tidak putus-putus.
 
Ini gambar musim panas tahun lepas (2014), kami ke sini bersama anak-anak. Mulanya hanya untuk bersiar-siar untuk menghabiskan masa hujung minggu bersama anak-anak. Tempatnya lapang dan selesa, anak-anak suka berlari ke sana sini.
 
 
Apabila masuk ke dalam Muzium ini, kami bernasib baik kerana ada aktiviti menarik untuk kanak-kanak.

Walaupun dikenakan bayaran agak mahal untuk menyertai aktiviti ini, tetapi kami berpuas hati kerana anak-anak amat gembira.

Dimulakan dengan sesi melukis dan mewarna di ruang ini. Kelihatan di belakang itu ada lawatan dari tadika Korea.


Selepas sesi melukis, sepatutnya ada persembahan "teater kecil" tetapi memandangkan ianya dalam bahasa Korea, kami hanya teruskan dengan aktiviti lain.

Hanaa gembira diberi peluang memegang steering permainan kereta lumba.



Sementara itu abang dan kakak mencuba pendakian ini dan berjaya!



 Kemudian, mereka diberi peluang mencuba latihan ala tentera di sini. Ciri-ciri keselamatan, tetap diutamakan.



Tetap diiringi oleh pasukan petugas khas untuk memantau aktiviti kanak-kanak.



Paling menarik, mereka juga dapat merasai Flying Fox. Untung anak-anak zaman sekarang, kecil-kecil sudah merasai permainan sebegini. Saya masih teringat flying fox pertama saya adalah sewaktu program BTN sebelum sambung belajar ke US dulu.




Fahmi dengan muka kecewa, ingin mencuba flying fox ini sekali lagi, tetapi barisan pada kali ini agak panjang.


Kemudian mereka beralih tempat ke bahagian permainan berkomputer begini. Semuanya dalam bahasa Korea, tetapi mereka masih seronok mencuba.



Akhir sekali, mereka tidak lepaskan peluang cuba membuat cookies sendiri.




 

Ini pula adalah gambar semasa lawatan kami ke sini pada musim sejuk awal di awal tahun 2014 ke muzium ini. Pada waktu itu, kami tidak masuk ke dalam kerana anak-anak seronok bermain salji.











Jika dating ke Itaewon, tempat ini sudah tidak jauh. Jangan lepaskan peluang untuk ke War Museum ini di alamat berikut:-

Address of Korea War Museum
29 Itaewon-ro, Yongsan-gu, Seoul
Telephone: 02-709-3139

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...