Check this out

Tuesday, September 1, 2015

KELAS BLOG PENULISAN & KELAS BLOG MULA BISNES

Entri 27

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN


Sejak saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ini, saya merasakan hari-hari saya lebih terisi dengan penuh sistematik. Jika sebelum ini saya sudah pandai membuat blog dan menulis santai, tetapi kali ini saya tetap juga memilih kelas asas blog PENULISAN dan kelas asas blog MULA BISNES di akademi ini.

Melalui kelas ini saya di ajar membuat label yang sesuai dengan identiti blog saya dan juga aktiviti saya sebagai seorang Work At Home Mom (WAHM). Saya mulakan dengan membuat blog baru yang segar dan saya mula nampak halatuju penulisan saya.

Di sini saya huraikan sedikit berkenaan kelas-kelas yang saya sertai di akademi ini:

 A. KELAS ASAS BLOG PENULISAN:

1. Hanya menggunakan medium PERCUMA Blospot.

2. Saya belajar untuk fokuskan penulisan berdasarkan siapa pembaca saya bagi menepati sasaran.
 
3. Saya belajar menulis secara konsisten dan sebagai "push factor" saya diberi tugasan menyiapkan 44 entri dengan 5 label yang mana akan diberikan setelah mendaftar dan dianalisa oleh guru online.
 
4. Untuk panduan menulis, saya jadikan hobi/kemahiran , minat dan pengalaman saya sebagai panduan menulis.

5. Apabila sudah konsisten menulis dan mempunyai pembaca tersendiri, kemudian kita boleh tukarkan pembaca kepada pelanggan.

6. Kemudian, dari sini saya diajarkan bagaimana untuk mempromosi penulisan/blog di Facebook.

B. KELAS ASAS BLOG BISNES

Sejajar dengan kelas penulisan di blog, kelas asas blog bisnes akan menjadi lebih mudah. Seperti saya, saya diajar bagaimana untuk bina "kedai online" yang memasarkan apa sahaja produk yang bersesuaian. Kelas ini juga memberi fokus kepada SURIRUMAH yang tidak tahu langsung tentang selok belok perniagaan online.

Di antara langkah-langkah di dalam kelas ini adalah:-

1. Membuat kedai online di BlogSpot ini untuk sebarang produk dan servis, mengikut minat kita atau sumber yang kita ada.

2. Jika tiada produk, boleh mulakan dengan membuat dropship yang tidak memerlukan modal dan risiko.

3. Selepas mendaftar, ABDR akan memberikan pelbagai Ebook sebagai bonus yang mana kita boleh rujuk panduan membuat bisnes dan sebagainya. ABDR juga menyediakan beberapa produk pilihan termasuk buku, pakej Ebook, ruang pengiklanan dan sebagainya.

4. Kita juga diajar untuk membuat label utama termasuk borang tempahan bagi melengkapkan asas kedai online.

5. Kita juga akan diberikan peluang untuk mengiklankan produk kita di SOHO Direktori di bawah ABDR ini bagi meluaskan rangkaian pelanggan.


Dua kelas ini adalah penting sebagai platform untuk belajar bisnes dari rumah atau bekerja di rumah. Namun, ianya tidak terbatas kepada surirumah sahaja, malah kepada sesiapa sahaja yang berminat. Boleh juga dijadikan sebagai landasan asas untuk mencari pendapatan sampingan atau persediaan untuk berhenti kerja dan sebagainya.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh email saya sebagai Pengurus Online Akademi di tinicraft@gmail.com / khushartinikamarulzaman@gmail.com.
 
Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...