Check this out

Tuesday, September 1, 2015

MESTI CUBA AISKRIM TURKI DI ITAEWON

Entri 28
 
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
 
 
Sekiranya berpeluang untuk ke Itaewon di Seoul, saya cadangkan anda cuba aiskrim turki (Turkish Ice-cream) di sana. Terdapat beberapa lokasi kiosk yang menjual aiskrim ini dan biasanya terletak betul-betul di hadapan kedai menjual Kebab Halal.
 
Kali pertama kami mencuba aiskrim ini adalah semasa musim sejuk tahun pertama tiba di sini. Pada waktu itu, anak-anak amat teruja melihat keletah penjual aiskrim yang mana semuanya menggunakan trick yang sama bagi menambat hati pelanggan dan tidak kurang juga untuk menarik perhatian orang lalu lalang.
 
Walaupun harganya agak mahal iaitu KRW3,000 bersamaan lebih kurang (RM10), tetapi portion aiskrim agak besar dan pelbagai perisa. Ianya boleh dinikmati di situ juga kerana mereka ada menyediakan kerusi, meja dan sebagainya. Boleh beli kebab juga, ok?
 
Nota: Semasa anak-anak makan aiskrim di situ, kami dihujani salju putih halus, sejuk tapi nyaman. Alhamdulillah.
 

 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...