Check this out

Wednesday, August 19, 2015

EID - RESTOREN HALAL DI ITAEWON (HALAL RESTAURANT IN ITAEWON)

Entri 9

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: FACEBOOK EID & KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Kali ini saya akan berkongsi berkenaan restoren halal di Seoul ini yang mungkin boleh memberi panduan kepada pelancong muslim yang ingin ke sini. Tapi untuk entri ini saya hanya akan bercerita mengenai "EID" yang  merupakan restoren yang menyajikan makanan korea halal di Itaewon, Seoul.

Kami telah ke sini pada awal pembukaannya pada tahun lepas dan juga telah mencadangkan kepada ramai kawan untuk ke sini. Pada masa itu, kami sangat teruja kerana setelah setahun lebih berada di Korea, kami pernah merasa hanya sekali sahaja "bulgogi", iaitu masakan berasaskan daging lembu yang sangat terkenal di Korea. Tetapi tidak berani untuk "recommend" kepada orang lain berkenaan restoren tersebut kerana sajian di situ rasanya tidak berapa asli seperti sudah dicampuradukkan dengan sajian dari negara lain. 

Apabila pertama kali menjejakkan kaki ke restoren ini, kami terasa ada kelainannya tersendiri. Kami terus berkenalan dengan pemiliknya yang sangat peramah dan air mukanya yang cukup ikhlas melayan kami sekeluarga terutamanya Daniel, si sulung yang amat petah bercakap walaupun bahasa Inggeris pemiliknya amat terhad pada masa itu.

Ini adalah pandangan hadapan restoren ini, yang mana terletak di sebelah kanan jalan apabila kita melalui pintu gerbang utama Masjid Seoul, di Itaewon.


Ini adalah gambar pertama kali kami ke sini. Kami sekeluarga sukakan masakan mereka dan sesuai untuk seisi keluarga. Bertambah-tambah makan, terutamanya Daniel yang sangat sukakan beras korea dan daging merupakan makanan kegemarannya. Daniel kata "mashissoyo" yang bermaksud sedap!



Ini adalah susun atur dalam restoren ini, menggunakan konsep  "natural wood" dan juga "homemade style". Bahkan, alas cawannya juga dijahit tangan oleh isterinya sendiri.


Ini adalah di antara menu yang ada di situ yang merupakan pilihan tetap kami. Pada awal pembukaannya, mereka hanya ada dua menu sahaja iaitu "bulgogi" dan "bibimbap" tetapi sekarang menunya sudah bertambah dan mempunyai peminat mereka tersendiri.

Ini pula gambar kunjungan kami yang keberapa kali ke sini. Oleh kerana sudah biasa di sini, kami juga mengambil gambar Hanaa dengan ibu pemilik yang juga tukang masak di sini.






Kami terpaksa duduk di meja berlainan pada masa ini dek pelanggan yang ramai dan tidak putus-putus.

Ini adalah gambar hari raya mereka yang dimuatkan di Facebok EID. Boleh ke FB mereka untuk maklumat lanjut. Oh ya, pada masa kami mula berkenalan dengan mereka, si ayah memberitahu bahawa dia dan isteri memeluk Islam  hanya baru 3 bulan pada waktu itu dan masih lagi belajar banyak perkara tentang Islam. Menurutnya, anaknya yang pada waktu itu masih di Malaysia,  belajar di Universiti Islam Antarabangsa, telah lama memeluk agama Islam. Sungguh indah susunan Allah untuk mereka, mendapat hidayah sekeluarga. Semoga bisnes mereka terus maju jaya in shaa Allah



Oh ya, mereka juga telah membuka "Muslim Friendly Guesthouse" di Itaewon. Boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut.






Boleh baca artikel mengenai EID di Korea Herald.

(For English Information)

EID - HALAL Restaurant in ITAEWON

Location and Contact Information

  • Address: 67, Usadan-ro 10-gil, Yongsan-gu, Seoul 140-911, South Korea
  • Location: Asia  >  South Korea  >  Seoul> > Itaewon
  • Neighborhood: Itaewon
  • Phone Number: +82 70-8899-8210

3 comments:

  1. Bestnya..sajian yang sedap.Nak nak lagi kat sana sejuk kan..makan daging boleh panaskan sikit badan..mesti cuba sapa yang p Seoul

    ReplyDelete
  2. Bestnya..sajian yang sedap.Nak nak lagi kat sana sejuk kan..makan daging boleh panaskan sikit badan..mesti cuba sapa yang p Seoul

    ReplyDelete
  3. aah sedap dan simple je. yang penting sihat. tak ada guna minyak mcm masakan Malaysia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...