Check this out

Sunday, August 16, 2015

ROLLERBLADING @ BANPO BRIDGE PARK, SEOUL

Entri 4

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Ini adalah aktiviti wajib kami di hujung musim bunga dan permulaan musim panas. Udaranya yang segar dengan hawa sejuk masih sedikit terasa. Tidak panas dan tidak terlalu sejuk. Kami suka ke sini pada waktu awal pagi, seawal jam 8 pagi sudah terpacak di sini. Tidak perlu berebut parking, mahupun tempat sesuai untuk berkelah. Sarapan pagi, haruslah nasi lemak! Daniel, peminat nasi lemak tegar tidak kisah untuk makan nasi lemak pagi, petang atau sehingga malam. Alhamdulillah, stok cili kering masih lagi ada.

Ini adalah gambar kami pada awal musim panas tahun ini sekitar bulan Mei. Suasana redup dan nyaman di sini cukup mendamaikan. Apabila waktu menginjak ke tengahari, semakin ramai orang terutamanya orang Korea akan membuka khemah masing-masing di sini. Mereka amat melakukan aktiviti di luar rumah pada waktu cuaca sebegini. Tidak semua di antara mereka yang bernasib baik untuk mempunyai rumah yang luas dan selesa untuk aktiviti keluarga dek kos sara hidup yang tinggi di sini. Ada yang rumah seperti "kotak" dengan sewa yang mahal dan hanya cukup untuk berteduh, makan dan tidur. Dengan membuat aktiviti luar sebegini, sekurang-kurangnya mereka dapat menghilangkan rasa bosan dan rimas di dalam rumah. Ada yang berada di taman-taman dari pagi hingga malam, dengan khemah yang dilengkapi pelbagai peralatan seperti kipas, "grill set" dan sebagainya.

Entri lama aktiviti di sini juga : Rollerblading Banpo Bridge Park




Opps, saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengimbau kembali "skill" di Arizona dulu. Mujur suami dapat menjadi "cikgu" kami. Daniel dan Damia amat berbakat, tetapi memerlukan lebih latihan.
 
 
Suami melayan Hanaa "si minah bunga". Dia akan minta untuk memetik satu dua bunga di tepi-tepi jalan dan membawa pulang kerumah untuk disimpan sehingga kering.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...