Check this out

Monday, August 17, 2015

KECEDERAAN BIASA SURIRUMAH & TIPS URUTAN

Entri 7
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Ini sebenarnya adalah salah satu kecederaan tidak langsung yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Pernah terjadi beberapa kali kepada saya sebelum ini dan paling terbaru, semalam. Sebagai surirumah yang aktif sepanjang hari, saya banyak menggunakan kerahan tenaga di tangan seperti untuk mengangkat sesuatu atau anak kecil, mencuci, menyental, menjemur, menggunting, menyapu dan sebagainya. Kadangkala semuanya perlu dilakukan pada waktu yang sama. Ditambah pula tuntutan WAHM adalah penggunaan 'touchscreen phone', komputer dan sebagainya, ia juga menjadi faktor kecederaan ini. Begitu juga bagi yang bekerja di pejabat dan banyak menggunakan "keyboard".
Alhamdulillah saya mempunyai seorang kawan baik yang merupakan tukang urut sepenuh masa di kawasan Putrajaya/Bangi/Kajang/Dengkil (Boleh like Page https://www.facebook.com/UrutWarisanPutrajaya) Dia memberi tips untuk mengurut kecederaan ini yang seeloknya dilakukan segera sebelum membengkak, kemudian tangan direhatkan. Saya telah berurut dengan kawan saya ini semasa bercuti di Malaysia tempoh hari selepas kaki saya terseliuh. Kebetulan pula, saya memang sudah lama membuat tempahan slot urut dengan beliau. Saya amat berpuas hati dengan urutannya yang serata mengena tempat sasaran sakit.

Di sini saya tampilkan bersama dua point (agak berdekatan tetapi point berbeza) kecederaan ini. Mula mengurut dengan menekan point sakit dan melurut ke bawah. Ulang langkah tersebut dengan urutan perlahan untuk melegakan ketegangan urat dan kesakitan sehingga beberapa ketika. Rehatkan tangan (lebih bagus kalau dapat tidur supaya tangan betul-betul berehat.) Saya sudah membuatnya malam tadi dan alhamdulillah, pagi tadi saya bangkit segar dan boleh meneruskan kerja harian seperti biasa.
Semoga bermanafaat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...