Check this out

Sunday, August 16, 2015

MASA DI ANTARA RUANG

Entri 2

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Ini adalah entri kedua saya untuk blog baru ini yang juga dengan nafas baru. Saya baru terdetik pagi tadi yang saya belum menulis apa-apa lagi hari ini dek kerana sibuk dengan urusan keluarga di hari minggu. Tapi hati kecil saya berkata, kamu sibuk tapi masih ada masa untuk "menjenguk"  rumah-rumah "whatsapp" atau sekadar membaca kosong di Facebook. Malah, sebelum ini pun sama, alasan sibuk. Alasan ini datang berulang kali dan menjadi paling popular sekiranya tidak menulis di blog.

Saya tahu sebagai seorang surirumah sepenuh masa atau separuh masa, kita memang tidak akan lari dari urusan seharian yang memang menjadi rutin kita seharian. Tetapi jika direnung, kita masih ada masa untuk menggunakan internet di telefon/laptop dan sebagainya. Ini lah yang membuatkan saya berfikir kembali setiap kali saya teringin untuk "give up" dalam menulis. Walaupun untuk menjadi penulis professional amatlah jauh sekali, tetapi sekurang-kurangnya apabila kita menulis, kita telah menggunakan sedikit masa di antara ruang yang ada untuk meluahkan sesuatu, berkongsi pengalaman dan sebagainya. Siapa tahu, sepatah dua kata kita, memberi sedikit kesan di hati seseorang termasuklah diri kita sendiri.


Foto di Haneul Park

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...