Check this out

Tuesday, August 18, 2015

SUAPAN SEORANG IBU

Entri 8
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Menjadi kelaziman saya untuk menyuap anak-anak makan terutamanya di hari cuti dan juga sebaik sahaja mereka pulang dari sekolah. Waktu itu juga mereka akan bercerita perihal di sekolah samada berkaitan kawan-kawan mahupun aktiviti di sana. Menyuap anak-anak makan adalah perkara yang cukup seronok dan teruja bagi saya. Hati melonjak girang apabila tiba waktu makan dek ingin menyuap anak-anak. Saat-saat sebegini mengingatkan saya sewaktu zaman kanak-kanak sehinggalah bersekolah rendah dahulu. Bukan selalu, tetapi memakan sesuatu dari suapan tangan ibu membuatkan saya rasa cukup gembira dan bahagia. Walaupun hanya berlaukkan ikan goreng/ikan singgang/telur mata sekalipun, makanan itu bagaikan mempunyai rasa luarbiasa, nikmat yang terlalu indah. Ditambah pula masakan tersebut adalah daripada air tangan ibu.
 
Ibu saya biasanya akan turun suapkan makan malam kepada saya dan adik-adik seawal jam 6-6.30 petang sewaktu kami sedang bermain di halaman rumah. Pada waktu itu, ada sebuah wakaf/tempat berehat kecil di hadapan rumah. Kadang kala di situlah tempat kami membuat kerja sekolah, membaca buku, berborak, bermain dan sebagainya.
 
Disebabkan memori indah sebegitulah, sekarang saya cuba untuk membuatkan anak-anak saya merasai pengalaman yang sama. Ya, saya akui saya sewaktu saya bekerja dahulu, masa saya bersama anak-anak amatlah terhad. Bayangkan, jika saya sudah terlambat pulang atas urusan kerja, urusan anak-anak sudah dibereskan oleh taska. Ada kalanya anak-anak sudah makan malam dan lebih lagi,  sudah tertidur di situ. Bukan sahaja saya terpaksa membayar bayaran lebih masa, tetapi saya juga terpaksa berkorban jiwa dan raga, merintih rindukan anak-anak. Anak-anak yang jiwanya masih kecil turut mengorbankan perasaan mereka menuntut kasih sayang dari ibu dan ayah. Bertentang mata dengan anak-anak menjadi sesuatu yang eksklusif bagi kami, apatah lagi ingin menyuapkan makanan untuk mereka.
 
 
Apabila mendapat peluang menjadi surirumahtangga sepenuh masa, saya cuba "melangsaikan" balik "hutang" saya dengan anak-anak. Cuba untuk melakukan sebanyak mungkin aktiviti dengan mereka. Tidak pelik untuk saya nyatakan, walaupun mereka sekarang bersama saya setiap masa (kecuali waktu persekolahan), tetapi saya masih terdetik rasa rindu apabila melihat mereka tidur.
 
Bagi kawan-kawan yang menghadapi situasi yang sama seperti saya suatu masa dulu, jangan berputus asa. Jangan terasa "down" jika terpaksa menghantar anak-anak kepada pengasuh atau taska. Gunakan masa yang terluang dengan anak-anak sebaik mungkin. Tidak perlu nilai ringgit yang tinggi, tidak perlu permainan yang mahal, tidak perlu tempat yang jauh, tetapi mungkin dengan hanya sepuluh minit waktu beraktiviti dengan anak-anak / bercerita/ menyuap makanan / berkebun / masak-masak dan sebagainya, akan meninggalkan kesan bahagia yang mendalam dalam diri anak-anak kita. Tidak perlu mengukur dengan orang lain untuk perbandingan mahupun saingan. Kita tidak tahu perancangan Allah untuk kita tetapi kita tahu tidak ada sebesar zarah halangan pun untuk kita terus berdoa.
Di antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama di dalam rumah :-
 
Salun
 
  Bermain catur
(Nota: Suami juga turut berperanan dalam beraktiviti dengan anak-anak. Dia selalu pulang lewat, kebiasaannya 9 malam ke atas. Tetapi dia akan cuba luangkan masa dengan anak-anak jika mereka belum tidur. Kadang-kadang makan malamnya hanya pada jam 10 malam, tangan kanan menyuap makanan dan pada masa yang sama tangan kirinya bermain catur bersama Daniel. Hendak seribu daya bukan? ♡♡♡)


Doktor dan pesakit


Selepas ini, dalam entri lain in shaa Allah saya akan kongsikan tips persediaan saya sebelum berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuhmasa.


8 comments:

  1. Well said sis!! I wish i could be a hsewife oneday..

    ReplyDelete
  2. tq sis for the support. in shaa Allah ada rezeki sis. nanti saya akan kongsikan entri persediaan fizikal dan mental saya untuk berhenti kerja.salam perkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu masa kecik dlu..kita buat keje skolah kat kusi simen sambil main...uhukkk...

      Delete
    2. Rindu masa kecik dlu..kita buat keje skolah kat kusi simen sambil main...uhukkk...

      Delete
    3. Rindu masa kecik dlu..kita buat keje skolah kat kusi simen sambil main...uhukkk...

      Delete
    4. Haizannn..lamanya tak dgr kabar.skrg husm lg ke?tulaa rindu sgt zaman kecik2 dulu...

      Delete
  3. Tersentuhnya membaca...tiba-tiba teringat anak di rumah..:(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...