Check this out

Monday, August 17, 2015

TINICRAFT dan "PERSONAL SHOPPER IN KOREA"

Entri 6

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Tinicraft adalah blog kraf jahitan saya yang mana saya hanya bermula dengan hobi. Memandangkan hobi adalah sesuatu perkara yang dibuat pada waktu lapang, saya hanya menjahit apabila balik dari kerja terutamanya lewat malam setelah urusan keluarga selesai dan anak-anak sudah enak dibuai mimpi. Pada masa itu, hobi menjahit merupakan "therapy" bagi saya. Walaupun pada masa itu saya penat bekerja, tetapi saya masih boleh bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan sehingga di luar masa lapang saya kerana hobi saya itu boleh mendatangkan pendapatan sampingan selain komitmen yang diterima dari pelanggan.

Setelah saya berhenti kerja untuk menjaga anak-anak, masa menjahit saya lebih terhad. Pelik kan? Iya, pada waktu itu anak ketiga saya masih lagi di bawah umur setahun dan menuntut lebih masa bersama untuk menyusu dan sebagainya. Selebihnya, masa siang saya dipenuhi dengan urusan rumahtangga termasuk memasak, membasuh, menghantar & mengambil anak-anak sekolah, urusan kerja sekolah mengaji dan sebagainya. Kepenatan surirumah sepenuh masa dan sebagai ibu bekerja dahulu jauh bezanya. Kalau dahulu saya masih boleh menjahit di waktu malam hari disebabkan urusan anak-anak sudah disiapkan di "nursery/transit", tetapi apabila menjadi surirumah, 100% urusan adalah dibahu saya. Di pejabat dahulu, sesibuk mana pun, saya masih boleh makan di meja makan di restoren/kedai makan/café/pantry/meja pejabat dan sebagainya. Tetapi apabila menjadi surirumah sepenuh masa, kadang-kadang saya hanya makan sambil lalu. Kalau dapat duduk di meja makan itu menjadi satu kenikmatan, walaupun makannya laju. Jadi, sebaik sahaja anak-anak tidur di waktu malam, saya pun "tewas" kepenatan seharian.

Apabila kami berpindah ke Korea, semangat menjahit saya kembali membuak-buak dek barang kraf dan fabrik di sini amat cantik dan pelbagai. Saya juga tidak dapat tidak perlu menjahit baju sendiri seperti baju kurung, blouse dan sebagainya. Di sini amat susah untuk  mencari baju yang besar dan sesuai dengan saiz badan saya. Ini semua merupakan "push factor" yang positif untuk saya menjahit. Untuk cerita lebih lanjut, boleh lawati blog kraft jahitan saya di http://tinicraft.blogspot.com. Selain daripada menjahit, saya juga menyediakan khidmat "personal shopper" terutamanya barang-barang berkaitan kraft jahitan di Korea ini. Hubungi saya di tinicraft@gmail.com untuk maklumat lanjut. Terima kasih.




2 comments:

  1. Assalamualaikum Tini...teruja saya membaca cerita-cerita awak ini...sangat menakjubkan...penulisan awak yang sangat kemas dan tersusun memberikan kesan yang mendalam kepada saya sehinggakan tersentuh di hati saya...saya doakan awak terus sukses dan saya juga sedang mencari-cari peluang untuk berniaga secara sambilan kerana saya juga seorang ibu yang bekerja dan mengidamkan keadaan seperti awak untuk dapat membesarkan anak-anak di depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaykumussalam.terima kasih di atas kunjungan ke sini.tini hanya bercerita pengalaman tini.dulu bekerja dan berhenti untuk jg anak2.kemudian rezeki ikut suami kerja di korea. Tini juga baru join Akademi Bekerja Dirumah yg terbuka utk sesiapa saja.kalo sis ada plan nak berhenti jgn berhenti dulu. Setup base online dulu nakbuat apa.ada nampak kt profile sis minat baking tu.nanti cikgu online blh cungkil apa peluang dlm diri sis. Tini join kelas blog penulisan dan kelas blog bisnes.kalau nak tanya boleh tini bg no.cikgu.blh whatsapp dia kalau naktanya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...