Check this out

Friday, August 21, 2015

TIPS MENJADI SURIRUMAH "MULTITASKING"


Entri 13
 
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
 
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
 
Apabila kita sudah "commit" untuk menjadi seorang surirumah terutamanya surirumah sepenuh masa, kita seolah-olah sudah membuat satu "perjanjian" bahawa kita akan menjalankan tugas dengan sebaikknya samaada yang dirancang atau yang tidak dirancang. Kitalah tukang masak, tukang cuci, doktor, jururawat, cikgu dan sebagainya. Seronok bukan? Menjadi surirumah bermakna kita akan dinaiktaraf dengan memegang banyak jawatan.
 
Tapi perlu diingat, jika kita tersilap langkah kita akan kecundang dan kadang-kadang memberi impak yang besar dalam jiwa kita. Oleh itu, kita harus jadikan tugas seorang surirumah ini sesuatu yang seronok dan teratur. Di antara tips untuk surirumah sepenuh masa adalah:-
 
1. Rancang di awal pagi/  dari malam lagi jadual aktitivi harian.Boleh rujuk entri ini sebagai panduan.
2. Makan terlebih dahulu untuk tenaga seharian. Seeloknya sebelum anak-anak bangun. Nikmati kopi anda, kerana selepas itu kita belum tentu dapat makan/minum dengan sempurna.
3. Selesaikan urusan mengikut 'priority'.
4. Membuat jadual teratur dengan anak-anak agak mereka tidak bosan dan diluar kawalan
5.Memasak hidangan ringkas dan praktikal. Anak-anak cukup hargai masakan air tangan ibu, percayalah!
6. Cuba limitkan penggunaan telefon/FB dan sebagainya kerana masa bersama anak-anak tidak akan datang kembali. Jadi, ambil peluang ini untuk digunakan sebaiknya.
7. Berkorban perasaan letih, perasaan ingin bersantai atau ingin tidur? Ya, tepat sekali.
8. SABAR
9. SABAR
10.SABAR
 
 
Ini adalah contoh saya memanafaatkan masa bersama anak-anak. Kadang kala kita memerlukan beberapa minit untuk melihat skrin telefon termasuk menjawab mesej, pertanyaan, apatah lagi jika kita adalah WAHM. Pelanggan kadang-kadang tidak dapat bersabar menunggu. Jadi, kita kena "be smart". Saya akan membuat anak-anak sibuk dengan tugasan masing-masing. Contohnya dalam gambar ini, Daniel akan menyelesaikan latihan matematik di "laptop", Damia membuat latihan matematik di buku latihan dan Hanaa pula cukup teruja dengan pensil dan kertas untuk "ditulis". Jadi pada waktu ini saya akan ambil peluang untuk berinteraksi dengan pelanggan, menjawab pertanyaan dan sebagainya. Pada waktu ini jugalah kita seolah-olah "take a break" untuk bertanya kabar kawan-kawan di rumah "whatsapp". Ya, perlu. Kenapa saya kata perlu? Kita surirumah amat memerlukan support group yang boleh terdiri dari surirumah yang lain atau kawan-kawan terdekat. Tapi jangan lalai ya?
 

 

Saya juga kadang-kadang menggunakan kaedah "subcontract". Iaitu mengamanahkan anak-anak yang lebih besar untuk bermain dengan adik. TAPI, dengan pengawasan kita, ok? Contohnya seperti gambar di bawah. Daniel sedang "mengajar" Hanaa untuk bermain catur. Walaupun Hanaa tidak pandai bermain catur, tetapi minatnya untuk bermain memang sudah cukup untuk membuatkan Daniel terhibur dan rasa sibuk dengan tanggungjawab yang di amanahkan. Kadang-kadang ayat saya sebegini untuk memujuknya. " Daniel, I'm gonna cook something so we could eat together later." Dia yang sememangnya suka makan, tidak akan menolak untuk bermain dengan Hanaa dan Damia. Saya pula, sambil memasak akan cuba mencari peluang di segenap ceruk masa yang ada untuk sekali lagi menjalankan tugas "multitasking" sebagai ibu bekerja di rumah (work at home mom).

 
Contoh yang lain adalah, saya akan cuba menyediakan latihan sebelum anak-anak bangun atau sebelum mereka pulang dari sekolah. Buku latihan merupakan bantuan yang penting untuk diberikan, tetapi dek kerana bahan yang terhad di sini terutamanya buku jawi, saya menyediakan secara manual dengan melukis/melakar/menulis di buku latihan kosong yang biasa. Memang saya ada bawa buku latihan jawi dan yang lain dari Malaysia, tetapi kadang-kadang kita kena kreatif supaya anak tidak bosan. Dan dalam situasi di bawah, Damia amat teruja membuat latihan ini dan berkali-kali mengucapkan "Mom, thank you, I really like it. So much fun!".
 
 
Untuk itu, saya ingin ucapkan selamat berjaya kepada bakal surirumah sepenuhmasa atau yang masih baru dalam "kerjaya"  ini.  Mohon juga berkongsi tip-tip lain yang boleh memberi idea dan membantu kita untuk mencipta sesuatu yang lebih seronok sebagai surirumah.
 
 
Sekiranya anda ada keinginan untuk bekerja di rumah seperti saya ataupun untuk 'setup' satu landasan sebagai mempersiapkan diri untuk berhenti kerja atau mencari pendapatan sampingan, anda boleh lakukan hanya di hujung jari sahaja. Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan, fokus dan komited serta yang utama komputer atau laptop dan talian internet. Bahan-bahan promosi semuanya disediakan. Saya akan bantu anda menjadi rakan niaga di akademi ini.


Anda boleh mendaftar dengan saya selaku Pengurus Online yang bertugas:



add saya di facebook : https://www.facebook.com/khushartini
 

Terima kasih.


5 comments:

  1. Info yang bagus dan sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini.

      Delete
  2. Entry yg bagus puan. Saya baru ada anak sorang umur setahun lebih, masuh kecil. Saya buat sama mcm yg puan listkan di atas. Kdg2 bile tiba malam, saya jd letih dan stress. Saya perlukan support group surirumah mcm yg puan mentioned. Puan tau group mana saya boleh join? Terima kasih 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sangat2 lambat reply.saya lama mabuk teruk morning sickness pregnant anak keempat.nanti puan boleh contact puan anys idayu. +60 17-791 2993. Ckp kt dia tini yang tinggal kt korea tu bg nombor.harap membantu.

      Delete
    2. Maaf sangat2 lambat reply.saya lama mabuk teruk morning sickness pregnant anak keempat.nanti puan boleh contact puan anys idayu. +60 17-791 2993. Ckp kt dia tini yang tinggal kt korea tu bg nombor.harap membantu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...